Blog Templates Percuma Hati-hati Dengan Meta Tag - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, April 10, 2018

Blog Templates Percuma Hati-hati Dengan Meta Tag


Blog Templates Percuma Hati-hati Dengan Meta Tag

Betul kata orang , tiada yang percuma dalam dunia ini. Sebagai contoh khususnya blogger, setiap tahun ada sahaja perubahan dalam Google dan setiap kali itulah kita harus mengikut kehendak Google.

Sebagai blogger perkara pertama yang akan kita buat ialah menukar templates blog kita sesuai dengan perubahan teknologi seperti blog responsif dan AMP blog .

Dan setiap kali itulah kita terpaksa cari templates blog dan biasanya yang percuma...hehehehe. Apabila kita menukar templates baru , punyalah banyak kerja kena buat. Perkara asas ialah penyusunan layout dalam blog anda kena susun semula. Itu sahaja dah makan 2 atau 3 jam.

Tapi kita selalu terlupa nak periksa metag robot kita. Biasanya blog templates percuma, si pencipta akan letak noindex, nofollow di blog anda. Memang hawau betul, kasi kita blog percuma tapi blog kita takkan diindeks oleh Google.

Ada tak anda perasan apabila anda tukar templates, pageview anda jatuh mendadak. Inilah kerja si pencipta blog templates. Tak baikkan. Contoh seperti dibawah:

Blog Templates Percuma Hati-hati Dengan Meta Tag


Dari gambar diatas, blog anda tidak akan diindek oleh Google. Inilah yang selalu kita lupa nak periksa.

Bagaimana nak atasi masalah ini ialah kamu buang "no" tu maka blog anda akan dindeks dengan cepat oleh Google. Contoh seperti dibawah:

Blog Templates Percuma Hati-hati Dengan Meta Tag


Senang sahajakan. Yang senang inilah buat anda makin susah. Kadang-kadang aku meyampah lihat pencipta blog templates ini. Kalau nak kasi percuma tu janganlah letak yang bukan-bukan. Kami download pun kami dah beri pages juice kat anda melalui url dalam blog templates anda itu.

Kenapa nak main kotor pula, kami tahu kami tak beli. Tapi kalau anda nak kasi percuma, berilah dengan ikhlas. Kasihan pada blogger baru terutamanya yang baru nak berjinak tapi pageview tak der, rupanya kena blocked indeks sebab itu dalam enjin carian nama dia pun tak der.

Akhirnya blogger baru ini, akan berhenti. Anda menganiaya potensi seseorang itu. Kalau tak nak kasi jangan buat blog templates percuma ini.

No comments: