Cendol Bakar Port Dickson - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, April 19, 2018

Cendol Bakar Port Dickson

Cendol Bakar Port Dickson
Tempoh hari, kami sekeluarga pergi berkelah ke Port Dickson. Pergi pagi dan balik petang, Port Dickson dengan Melaka dekat sahaja iaitu memakan masa 1.5 jam sahaja. Kalau bawa laju mungkin satu jam sahaja.

Dalam perjalanan pulang , Mak Mentua aku mengidam nak makan Cendol Bakar. Cendol Bakar cawangan Port Dickson adalah wajib pergi kalau anda ke Port Dickson. Rasanya tak perlu diperkenalkan Cendol Bakar yang berpusat di Selangor yang terkenal dengan Cendol Duriannya.

Walau pun Cendol Bakar ini terkenal dengan Cendol Duriannya yang berharga RM6 satu cawan. Agak mahal buat aku. Ia juga ada jual cendol biasa, cendol VVIP atau Cendol VIP.
Ia juga ada menu baru iaitu Ais Milo Kepal. Inilah pilihan anak aku sebaik sahaja masuk ke kedai Cendol Bakar ini…hehehehehe.

Selain itu di Cendol Bakar ini ia juga ada jual makanan goreng-goreng dan kuih muih seperti pisang cheese dan juga burger. Nasib baik masa kami sampai ke sana tak ramai orang sebab hari Isnin, selesa makan kat situ. Anak pompuan aku siap order mee goreng lagi padahal masa mandi manda tadi , aku rasa dia dah telan rendang ayam…

Mengikut pengalaman aku yang lalu, setiap kali aku pergi ke Cendol Bakar ini kena beratur panjang hanya nak makan cendol ajerr…
Aku cadangkan kalau anda ke Port Dickson, wajib ke Cendol Bakar cawangan Port Dickson ini.
Jangan makan yang bukan-bukan plak, makanlah cendol durian dia.
Cendol Bakar Port Dickson

Cendol Bakar Port Dickson

Cendol Bakar Port Dickson

No comments: