Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, April 20, 2018

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

Sebelum anda mengutuk aku biar aku jelaskan bahawa aku ini adalah pengguna tegar Samsung dan secara khususnya dalam Galaxy Note. Pengalaman yang luas dalam penggunaan telefon pintar berspesifikasi penuh.

Hari ini aku mencuba sesuatu yang lain dengan memakai telefon pintar berspesifikasi penuh iaitu Sony Xperia XZ5 keluaran September 2015, Dengan RAM 3GB dan internal storage 32GB aku merasakan ia sebuah telefon pintar yang wajar dimiliki. Namun kita harus fahami setiap syarikat telefon pintar ini mempunyai kelainan dalam setiap keluarannya.

Tapi bila aku memakai Sony, aku dapat merasakan perbezaan yang ketara kedua jenama besar ini iaitu Samsung dan Sony.
Sebab itu aku selalu tertanya kenapa Samsung masih lagi menguasai dunia dengan telefon pintarnya berbanding jenama lain yang begitu sukar menandinginya dalam kategori telefon pintar android. Disini aku ingin memberitahu kelemahan yang ketara telefon pintar Sony ini.

Untuk pengetahuan isteri aku juga memakai Sony Xperia Z2 sudah lama dan kini berubah arah kepada Z5. Pengalaman memandang dan memahami telefon pintar Sony, aku rasa layak untuk aku membuat perbandingan keduanya.

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung
Kamera
Perbezaan utama Sony XPeria dengan Samsung Galaxy ialah kameranya.Gambar yang diambil oleh Samsung tampak lebih sharp dan kemas tetapi Sony gambarnya tak da umpph. Masalahnya ini semenjak Xperia Z2 lagi bini aku dah komplen kenapa gambar dia tak secantik gambar aku. Malah noise di Sony memang lebih jelas. Sampai sekarang aku dah cuba pelbagai cara namun setiap kali aku ambil gambar pakai Sony pasti tak cantik.

Aku ingatkan settting yang salah tetapi aku dah godek habis setting  gambarnya masih lagi tidak memuaskan. Malah aku dah download kamera aplikasi di Google, mungkin kamera di Sony ini aplikasinya tak terkini tapi setelah aku download kamera aplikasi yang lain ianya tetap sama.

Kalau dilihat spec memang Sony Z5 akan menang tapi secara peribadi aku lihat hasilnya tak best ler

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

Gallery/Album
Di Sony tempat menyimpan gambar dipanggil Album dan Di Samsung dipanggil Gallery. Menyampah aku pakai aplikasi Album Sony ini, dimana susunan gambarnya secara automatik disusun ikut tarikh. Anda boleh tukar setting kepada album/folder. Tetapi bila exit dan masuk balik, ia kembali ke asal iaitu ikut  tarikh. Manakala Gallery ia disusun mengikut album/folder.

Saiz gambar di Album besar dan standard tetapi di Galllery anda boleh adjust saiz gambar samada nak besau atau kecik. Kalau gambar anda banyak, maka anda boleh kecilkan gambar tersebut. Malah ia ada buat column disebelah tepi untuk semua album. Mudah sangat kalau anda nak transfer atau move gambar tersebut ke album/folder lain.

Aplikasi Album Sony memang tak mesra pengguna, walaupun ia tidak menyukarkan untuk menyusun gambar tetapi Gallery lebih baik dari Album. Aku mengambil keputusan dan disable aplikasi ini dan memakai Quickpic, aplikasi yang ringan dan walaupun ia tak sehebat Gallery Samsung namun puas hati.

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

File Manager
Ini pun satu hal iaitu Sony pakai File Commander sebagai asas untuk melihat fail dalam android Sony mereka. Aplikasi yang paling tak cantik dan menyampah aku nak pakai. Manakala kalau Samsung namanya My Files merupakan susunan yang lengkap tentang fail yang kau pakai dan ianya cantik dan kemas. Malah kau boleh check cache dan sebagainya. Aku mengambil keputusan disable aplikasi ini dan mengguna ES File Manager. Terbaik dan hampir sama macam My Files Samsung.

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

Brightness
Brightness atau terang dalam Sony XPeria ini memang tak cukup terang. Malap jer aku lihat Sony ini, lalu aku besarkan bright dia tapi tak cukup terang. Memang susah nak baca dan melihat gambar. Ini salah satu kelemahan Sony yang paling ketara. Untuk mengatasi masalah ini aku terpaksa ambil aplikasi tambahan untuk terangkan Sony ini dengan guna Auto Best Brightness. Baru terang  sikit.

Kelemahan Telefon Pintar Sony Berbanding Samsung

Device Maintenance
Salah satu kelebihan Samsung ialah ia mempunyai aplikasi built in untuk membuang virus atau cache atau memeriksa prestasi telefon pintar anda dengan mengguna Device Maintenance. Terbaik.
Manakala Sony Xperia macam biasa kau kena download antivirus, cache cleaner untuk bersihkan telefon pintar kau. Nama ajer telefon pintar spesifikasi penuh tapi aplikasi mereka iaitu Sony macam hampeh.

Kesimpulan
Telefon pintar Sony ini memang telefon yang baik, itu aku akui. Yang menyebabkan ia sukar bersaing ialah aplikasi yang ditawarkan kepada pengguna kurang berkualiti dan tidak mesra pengguna. Malah aku boleh katakan design aplikasi mereka tidak up to date. Selain itu aplikasi mereka hampir kesemuanya adalah aplikasi pihak ketiga.
Sony boleh maju ke depan bersama-sama pembuat telefon pintar yang lain khususnya Samsung jika mereka menambahbaik aplikasi mereka.

Itu sahaja mereka perlu lakukan sebab setelah aku download aplikasi lain mengganti File Manager, Brightness, Gallery dan etc , aku selesa menggunakannya. Malah aku rasa ia lebih baik dari Samsung.  Tetapi satu lagi mereka kena buat ialah upgrade kamera mereka, ini serius aku cakap. Walaupun Sony mempunyai 23megapixel berbanding Samsung 12megapixel. Gambar yang diambil dari  Samsung lagi baik dari Sony. Inilah kelemahan Sony yang paling ketara.
Aku bukan nak tembak Sony, tapi inilah kata hati aku.

Tapi seperti yang aku katakan setelah aku tukar aplikasi tertentu aku amat puas hati guna Sony Xperia Z5 ini. Sekarang dalam proses cari aplikasi kamera yang lagi baik.


Bacaan:

No comments: