Parlimen Bubar Sabtu 7.4.2018 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, April 6, 2018

Parlimen Bubar Sabtu 7.4.2018

Parlimen Bubar Sabtu 7.4.2018


Jangkaan aku tepat, Parlimen bubar dalam bulan April ini. Tak lama lagi perang bendera akan bermula. TV 99% akan menyiarkan tentang pilihanraya sahaja.

Ahli-ahli akar umbi politik sibuk datang ke rumah untuk mendapatkan undi kita. Tak lupa caci cacian akan bermula tak kira ahli politik kelas elit dan juga orang bawahan. Yamg teruk selalu hingga tak menegur ialah ahli bawahan ler...hehehe.

Aku sebagai penyokong demokrasi berharap pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar.amin.

DATUK Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok (Sabtu) selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri membuat pengumuman khas itu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara mulai jam 12.02 tengah hari ini, selepas mengadap dan memperoleh perkenan Sultan Muhammad V.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan anggota Kabinet.“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan Parlimen selaras peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada Sabtu 7 April 2018 bagi membolehkan PRU-14 dijalankan.

"Sememangnya pembubaran ini menzahirkan proses demokrasi berparlimen bagi PRU-14 dijalankan mengikut lunas undang-undang. Sehingga saat ini, kerajaan memenuhi mandat dan menepati proses demokrasi berparlimen," katanya pada Pengumuman Khas Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Susulan pembubaran Parlimen itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.

PRU-14 adalah yang kedua di bawah kepimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Susulan pembubaran Parlimen hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Ketika pembubaran Parlimen hari ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.

No comments: