Rampage - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Saturday, April 28, 2018

Rampage


Rampage

Hari ini menonton filem lakonan Dwayne Johson yang mengambil watak sebagai Davis Okoye pakar primat di Zoo  San Diego. Beliau mempunyai seekor gorila Albinoyang beliau selamatkan dari pemburu haram bernama George.

Kisah filem Rampage ini bermula apabila sebuah syarikat genetik yang membuat kajian di angkasa lepas telah terbakar dan meletup hingga menyebabkan 3 buah kanister yang mengandungi patogen virus pelbagai genetik terjatuh ke bumi. Ia terjatuh ke tiga kawasan dan salah satunya jatuh di Zoo dimana George si gorila telah terhidu dan akibatnya ia menjadi besar dan mempunyai pelbagai keupayaan genetik pelbagai binatang. Namun kesan patogen tersebut bukan sahaja membuat gorila George ini menjadi besar tetapi membuat ia menjadi agresif dan ganas.

Pada masa yang sama ia juga telah menjangkiti seekor serigala dan seekor buaya yang mengganas. Pihak yang bertanguungjawab ialah syarikat genetik mempunyaipenawar untuk mengembalikan sikap haiwan ganas tersebut. Mereka telah memasang frekuensi untuk memanggil kesemua haiwan raksasa tersebut ke bangunan mereka untuk diberikan suntikan penawar R19.

Klimak filem ini bermula kesemua haiwan ini menuju ke Chicago iaitu bangunan milik syarikat genetik tersebut. Hero The Rock dan pakar genetik yang dipecat oleh syarikat genetik tersebut iaitu Kate ( mereka berjumpa ketika ia melawat George yang dikurung di Zoo Diego) berusaha menyelamatkan George dan mencari penawar virus tersebut.

Melihat bangunan serta askar di baling begitu sahaja membuat aku dan isteri aku teruja melihat filem ini ketika 3 ekor haiwan raksasa menuju ke bangunan frekeunsi tersebut. Rating filem ini aku berikan 4.8/5.

Dalam filem ini Davis dan Kate dibantu oleh hero cerita TV Walking Dead yang memegang watak "Negan" sebagai agen Russell iaitu sebuah pertubuhan sulit kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka ini.

Akhirnya dalam filem ini, hero berjaya memberi penawar tersebut kepada George si gorila dan bermula lagi klimak baru apabila George berlawan dengan serigala dan buaya raksasa. Paling susah nak bunuh ialah buaya raksasa tersebut. Memang teruk George kena gigit ngan buaya tersebut. Nasib baik Davis ada menolong. Akhirnya serigala dan buaya tersebut berjaya dibunuh!!!


Bagaimana aksi pergaduhan dan klimak ini berjalan anda kena tonton ler. Jalan cerita sudah diberikan, anda hanya perlu menonton sahaja...heheheh



No comments: