Sikap Anak Berubah Seiring Umur Mereka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, April 27, 2018

Sikap Anak Berubah Seiring Umur Mereka

Sikap Anak Berubah Seiring Umur Mereka

Semalam facebook macam biasa ada tag your memories. Ada plak gambar anak pompuan dan lelaki aku semasa kami ke Zoo Melaka pada tahun 2010.

Melihat gambar ini sudah 8 tahun berlalu kami ke Zoo Melaka. Melihat telatah anak kecil serta pengalaman pertama aku belajar mengguna kamera DLSR.

Kini 2018 dan anak kecil perempuan aku sudah menjadi anak dara remaja manakala anak lelaki aku belum remaja tapi menuju ke arah tersebut.

Si perempuan masa kecil dulu lasak dan ganas. Tengok gambar pun dah tahu. Didikan awal aku sebagai ayah memang agak ganas seiring dengan umur aku yang muda.

Kini anak perempuan tak ganas macam dulu dan lebih pemalu. Seiring juga dengan hormon beliau menjadi remaja. Biasalah anak remaja.

Si adik kini memgambil alih tahap keganasan pula. Dulu siki-sikit menangis. Naik risau pula melihat anak lelaki aku macam gegurl. Tapi kini ganas pula...hahahhaa.
Biasalah anak lelaki yang baru meningkat.

Manakala aku pula semenjak ada anak kedua ini. Tahap didikan aku tak seganas macam anak perempuan aku. Seiring dengan umur yang semakin meningkat. Untuk pengetahuan adik dan kakak dia jarak.umur 5 tahun.
Hidup ini bila dilihat bagaikan roda masa yang berputar ke asalnya. Dulu kau kuat, kini tenaga kau tak sekuat remaja dahulu.

Dulu sikit-sikit naik angin. Kini nak panaskan badan jadi marah pun susah. So kalau anak lelaki aku cepat naik angin, itu genetik perubahan remaja.

Dulu naik motor tak ingat dunia. Nyawa pilihan kedua, yang penting laju. Kini naik motor atau kereta perkara utama safety. Sebab dah faham apa itu keselamatan dan dah ada tanggungjawab.

Frasa pertama melihat anak membesar dan berubah sudah nampak. Banyak frasa kehidupan mereka yang akan ku lihat. Setelah belajar dan berkahwin dan  punyai anak. Tak lupa bagaiamana mereka akan teruskan kehidupan ini. Aku berdoa agar umur aku panjang melihat frasa- frasa ini.

Amin.
Kiya hanya mahu yang terbaik.untuk anak kita. Tak mahu masalah membebani mereka. Itu semua impian ibu dan ayah.
Setiap frasa anak-anak menandakan aku semakin tua....huhuhu

2 comments:

Airinaa said...

Time beginilah ibubapa seharusnya pantau anak2 supaya sentiasa berada didalam "radar"? Namun ada segelintir parents yang terlepas pandang kerana kesibukan kerjaya masing2. Harap mereka2 ini akan tersedar...

Zuraida said...

Usia akan membuatkan kita berubah..seperti ank juga.