Undi PRU 14 Pada 9 Mei 2018 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, April 10, 2018

Undi PRU 14 Pada 9 Mei 2018

Undi PRU 14 Pada 9 Mei 2018

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei menjadikan ia kali keempat hari pengundian dilangsungkan pada hari bekerja manakala proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 28 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah berkata, proses pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei, manakala tempoh berkempen bagi PRU-14 akan berlangsung selama 11 hari bermula hari penamaan calon.

Sementara itu, tarikh tutup undi pos pada 28 April bagi kategori 21 (c).
Mohamad Hashim membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya yang bermula 10 pagi tadi.

Beliau berkata, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya serta menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta.

“PRU-14 ini menggunakan daftar sehingga suku keempat 2017, yang mengandungi seramai 14,940,624 pemilih berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR hari ini.

Mohamad Hashim berkata, sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang mengandungi hampir 29,000 saluran pengundian.

Katanya, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

“SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU ini.

“Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat bagi memberi laluan kepada PRU14.

No comments: