10 Janji Pakatan Harapan Dalam 100 hari

10 Janji Pakatan Harapan Dalam 100 hari


Apakah yang menjadi keutamaan Pakatan Harapan (PH) dan para pemimpinnya, terutama sekali Pengerusi Dr Mahathir Mohamad sedang mereka bersiap sedia membentuk kerajaan baru Malaysia?

Pakatan pembangkang itu mencatat sejarah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak yang bakal diggantikan.

Dalam pilihan raya semalam (9 Mei), PH menang 113 daripada 222 kerusi parlimen manakala BN pula hanya mampu meraih 79 kerusi manakala PAS pula dengan 18 kerusi.

Mediacorp mengimbas kembali 10 ikrar PH yang ingin dicapainya dalam tempoh 100 hari pembentukan kerajaan, seperti yang dijanjikan dalam manifestonya.

1. Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Dalam sidang media siang tadi (10 Mei), Dr Mahathir menekankan ikrar PH untuk memansuhkan GST 6 peratus sekarang ini.

Sebaliknya, kerajaan baru itu akan mengembalikan cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum era perdana menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

2. Siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal

Ini termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1 MDB), Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.

3. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah

4. Mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar

Manifesto itu mengenal pasti golongan yang memiliki motosikal bawah 125cc dan kereta bawah 1,300cc sebagai layak untuk menerima subsidi.

5. Menyamaratakan gaji minimum

6. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk individu yang mendapat gaji bawah RM4,000.

7. Mengkaji semula langkah memberi projek mega kepada negara-negara asing

Antaranya adalah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion (S$18 bilion) yang menghubungkan bandar seperti Port Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baru dan Tumpat.

8. Menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963

9. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda

10. Memperkenalkan inisiatif jagaan kesihatan nasional

Di bawah Skim Peduli Sihat, keluarga kategori B40 akan diberi bantuan sebanyak RM500 (S$166) untuk mendapatkan rawatan di klinik privet.