Apabila Ibuku Orang Kuat BN - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, May 3, 2018

Apabila Ibuku Orang Kuat BN

Apabila Ibuku Orang Kuat BN


Tadi pagi balik rumah mak aku selepas balik kerja malam. Perkara pertama yang buat aku terperanjat ialah depan rumah dah ada banner BN aka Barisan Nasional.
Pehhhh....orang kuat BN ni...hahahhaa. Di taman mak aku mahu tak mahu memang kena sokong BN sebab jiran jarak 3 pintu ialah Ketua Wanita UMNO.

Depan rumah jiran aku plak tu, pangkin dia jadi pusat BN. Walau pun depan rumah aku ada balai raya tapi tidak dibenarkan menjadi pusat BN sebab takut dikatakan salahnguna kuasa.

Mak aku memang orang kuat BN. Jangan kau kutuk BN lebih-lebih, kena basuh weiiii. Aku mahu tak mahu pangkah BN juga ler.

Kawasan Parlimen dan DUN tempat aku tinggal ini memang dari dulu DAP.  Memang DAP akan menang punya, lalu apa salahnya aku pangkah BN. Tak luak pun peti undi tu..hahahha.

Tapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti ada pendirian politik kita. Aku mohon janganlah pengundi atas pagar. Alasan yang diguna ialah tak der pemimpin yang baik. Jika tak der pemimpin terbaik, pilihlah antara mereka yang agak baik.

Itu hak anda. Aku tak kisah kau PH atau BN atau PAS. Itu hak anda dan gunakanlah hak anda dengan bijak.

Aku awal-awal kata aku pangkah BN...hehehe. Jika ada pembaca yang tak suka, itu hak anda tapi janganlah kecam aku...huhuhu.

Yang pasti depan umah mak aku penuh bendera BN. Kusut kepala aku.
Jangan lupa mengundi pada 9hb ni yek.. Jangan kita gaduh-gaduh, bukan kau dapat apa-apa pun. Berpolitiklah secara berhemah. Dan jangan malu mengatakan pendirian anda. Ini negara demokrasi!!!!
Apabila Ibuku Orang Kuat BN


Apabila Ibuku Orang Kuat BN

No comments: