Bila Kolestrol Bacaan 6.1 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, May 9, 2018

Bila Kolestrol Bacaan 6.1


Tempoh hari aku ada buat pemeriksaan kesihatan dan perkara pertama buat aku terkejut ialah berat aku 120kg!!


Dan semalam apabila aku mengambil keputusan pemeriksaan kesihatan, kolestrol aku pula 6.1 iaitu borderline. High risk pula jika 6.2k ke atas....hanya perbezaan 0.1leee...


Masa berat aku 120kg aku dah takut. Sudah 2 minggu aku tak makan nasi. Nak kasi kurus sikit. Tapi aku tak diet gila-gila ler, hanya tak makan nasi. Lain semua aku lantak. Tak mahu terburu-buru diet, takut tak mampu nak buat. Slow and steady..


Ni pula satu hal lagi. Kolestrol tinggi. Stress jap. Mahu tak mahu kena beli mesin periksa kolestrol ni. 


Ini semua berlaku sejak 4 tahun lalu aku pindah kerja ke kilang baru. Dulu kerja Moulding tempat panas berapi. Temperature setiap tool mahubcecah 300C dan tak der aircond.


Boleh ler sikit keluar peluh kalau rounding kat tools. Lagi pun kerja 8am hingga 5.30pm so masa untuk bersenam masih ada.


Kilang baru ni pula kerja tempat aircond. Peluh susah sikit nak keluar. Kerja 12 jam shift pula. Kalau kerja malam, boleh tahan kau melantak. Mana tak naik berat badan kau tu..bersama dengan kolestrol kau.


Nasib baik darah tinggi normal dan semua yang lain OK. Kena fokus rendahkan kolestrol ni..Berusaha...berusaha...


Kena usaha, tak pasal2 nanti sakit jantung pula. Umur 40an ni memang struggle ler. Macam-macam sakit. Krem2 ni biasalah...


Tu tanda Allah kasi petunjuk suruh kita beringat. Betul tak. Kalau Allah nak kasi sedepuk macam- macam penyakit pun boleh. Ini hanya dugaan kecil kasi kau tanda awal supaya kau beringat.


No comments: