Biodata Majlis Penasihat Ekonomi 2018 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Saturday, May 12, 2018

Biodata Majlis Penasihat Ekonomi 2018


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu Majlis Penasihat ditubuhkan bagi merangka kertas kerja Kabinet baharu yang dianggotai lima tokoh besar negara.

Lima tokoh ini dilantik kerana memiliki pengalaman dan kepakaran terbaik dalam bidang ekonomi.


Dr JOMO

Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebajai Jomo. Antara portfolio yang pernah disandang beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi.

Telah berkhidmat untuk PBB sejak tahun 2010.

Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.


ROBERT KUOK

Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun. 

Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.


HASSAN MERICAN

Tan Sri Hassan Merican merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, berusia 65 tahun.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan.

Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan, kemudian menjadi Presiden dan CEO pada tahun 1995.


ZETI AZIZ

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.

Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.


DAIM ZAINUDDIN

Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991.

Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.

Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.

No comments: