Cabaran Besar Parti Harapan Turunkan Harga Barang - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Saturday, May 12, 2018

Cabaran Besar Parti Harapan Turunkan Harga Barang

Cabaran Besar Parti Harapan Turunkan Harga Barang

Tahniah buat Tun Mahathir dilantik PM ke 7 Malaysia dan lebih hebat ialah ia mendapat sokongan padu dari semua rakyat Malaysia berbilang kaum. Inilah pertama kali setelah 15 tahun aku melihat perpaduan terhebat semua kaum Malaysia dalam memperjuangkan hak politik mereka dan Tun Mahathir adalah penyebabnya.

Tidak dilupa Najib yang memberi dorongan gerakan reformasi penduduk Malaysia dalam PRU14 ini. THanks Najib.

Cabaran terbesar PH dalam merealisasikan ialah menurunkan harga barangan atau memperbaiki taraf hidup rakyat Malaysia yang semakin sempit akibat kenaikan barangan yang berpunca dari beberapa faktor seperti amalan GST, harga minyak yang meningkat, kadar tol dan penghapusan subsidi.

Di tambah lagi negar akita yang tiada wang dan hutang RM800 billion oleh parti pemerintah dahulu. Pening!!

Tindakan pertama PH ialah menghapuskan GST dan memperkenalkan SST( Cukai Jualan Dan Perkhidmatan) tapi ia takkan memberi bantuan yang banyak kerana cukai tetap dikenakan kepada penjual tapi rakyat terlepas melalui SST ini. Harga mungkin akan turun sedikit tapi tak memberi impak yang banyak.

Langkah kedua dan tercepat ialah kekalkan harga minyak dalam harga siling yang stabil. salah satu sebab kenaikan mendadak harga barangan dahulu ialah sikap Badawi dahulu yang menaikkan harga minyak mendadak. pernah sekali harga minyak RM2.70 seliter dan semua harga barang naik secara tiba-tiba dan mendadak. Ini kerana kos pengangkutan untuk penghantaran produk meningkat.

Kemudian harga minyak turun semula tetapi harga barang tidak turun, Dan apabila Najib mengambilalih, harga minyak turun naik dengan pantas dan harga pun naik tetapi tak pernah turun..hehehehe. Akibatnya makin mahal barang dan makin sengsara rakyat Malaysia.

PH telah janji akan menurunkan harga minyak hingga RM1.50 seliter mungkin akan membawa penurunan barangan tetapi PH harus memberi tekanan kepada semua syarikat pengeluar. Kalau tak ia mungkin tak akan turun langsung walaupun kos pengangkutan telah turun hampir 40%.


Mungkin stabilkan harga minyak dan hapuskan GST akan memberi impak yang kuat untuk  penurunan harga barang. Tetapi PH juga berjanji akan menghapuskan kadar tol secara berperingkat  dan ia akan lagi memberi impak yang kuat kepada  penurunan harga barangan.

Penghapusan tol sudah tentu akan membantu dan mengurangkan kos pengangkutan sebanyak 10% sekaligus harga barangan. tapi kita kena ingat kerana PH buat masa sekarang perlukan wang untuk membantu mentadbir negara Malaysia yang miskin ini.n Aku jangkakan penghapusan tol akan dilaksanakan tetapi makan masa.


Satu lagi pelaksaanan ialah pemberian subsidi. Itu cara yang mudah dan pantas tetapi akan memakan duit kerajaan. yang pasti harga barangan akan turun.

Melalui kawalan minyak, pengenalan SST, penghapusan tol secara berperingkat dan subsidi sudah pasti pihak pengeluar boleh mengurangkan harga barangan. Tetapi tanpa kawalan atau pemantauan yang rapi, ia tidak akan terjadi. Pihak PH mesti mengukuhkan sistem monitoring Malaysia yang terkenal dengan pemantauan yang tidak bersistem.

Dengan itu barulah boleh membuat semua tindakan yang dirancang. Memang sukar kerana untuk mengubah sikap tamak manusia tetapi tidak mustahil.





No comments: