Kedah Milik Pakatan Rakyat - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, May 13, 2018

Kedah Milik Pakatan Rakyat


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini sah sebagai Menteri Besar Kedah Ke-13, selepas mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.


Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan.


Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan kali pertama bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS Kedah melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-12) pada 2013.


Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar sekiranya PAS dan Barisan Nasional (BN) bergabung di Kedah.


PH yang menggunakan logo PKR menang 18 daripada 36 kerusi DUN dalam PRU-14, manakala PAS 15 kerusi dan BN tiga kerusi.


No comments: