Melaka Jatuh Ke Parti Harapan PRU 14 2018 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, May 10, 2018

Melaka Jatuh Ke Parti Harapan PRU 14 2018

Melaka DUN 2018

Melaka suatu ketika dulu merupakan kubu kuat BN dan buat pertama kali semalam dalam Pilihanraya Umum Ke 14, Melaka DUN telah jatuh ke tangan Parti Harpan atau secara khususnya Parti Keadilan.


Jika dilihat pada gambar di atas PKR telah memenangi 15 kerusi dan BN memenangi 13 kerusi DUn dan secara automatil majoriti besar PKR  menang sebagai ketua kerajaan negeri Melaka. Terperanjat melihat perkembangan ini dan aku rasa semua ahli UMNO pun terkedu melihat Melaka jatuh ke tangan pihak PKR.

Satu tamparan yang hebat kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) apabila satu demi satu kawasan DUN dan Parlimen tumbang   dengan mudah.


Melaka Jatuh Ke Parti Harapan PRU 14 2018

Tetapi  kawsan DUN Sungai Udang bekas Ketua Menteri Melaka iiatu Datuk Seri Ir Idris Haron menang  dengan majoriti yang besar dan sudah tentu beliau akan di lantik sebagai Ketua Pembangkang baru Negeri Melaka

Melaka Jatuh Ke Parti Harapan PRU 14 2018


Walau bagaimana pun mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Hj Ali Bin Mohd Rustam kalah teruk di Parlimen Melaka iaitu Hang Tuah Jaya,. Nasib Ali Rustam ini memang dari dulu kurang bernasib baik. Kasihan pula aku melihat dia ini.

Perubahan parti pemerintahan merupakan pertama kali untuk aku di Melaka dan bagaimana mereka akan memerintah Melaka semuanya akan kit alihat nanti.

Walau bagaimana pun aku bersyukur tiada apa-apa kekecohan berlaku semasa peralihan kuasa ini.
Tahniah but Parti Harapan dan kemenangan anda membuktikan demokrasi masih lagi hidup di Malaysia.

No comments: