Najib Punca BN Kalah? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, May 10, 2018

Najib Punca BN Kalah?

Najib Punca BN Kalah?
Contoh FB rakan-rakan

Sedih juga melihat Barisan Nasional kalah teruk  semalam. Di Semenanjung hanya mampu kekalkan 2 negeri sahaja iaitu Perlis dan Pahang. Bahang reformasi Pakatan rakyat pimpinan Tun Mahathir telah menghembuskan tsunami hingga BN tidak mampu berdiri lagi.

Ketua MCA dan MIC pun kalah teruk dan hanya tinggal Najib mempertahankan Barisan Nasional di Parlimen nanti bersama 78 ahli Parlimen BN. Najib secara tak langsung akan menjadi ketua pembangkang mewakili BN itu pun kalau dia tak disiasat oleh pihak berkuasa tentang banyak isu tergantung semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Sebagai dibesarkan dan dikelilingi oleh orang UMNO aku memang terasa. Walau pun di hati aku, tahu bahawa BN ini adalah sebuah parti kerajaan yang korup. Namun ketakutan untuk berubah dan kurang yakin pada Parti Harapan  membuat aku terus dan akui masih bersama BN.

Dari akar umbi hingga ke pimpinan paling atas dalam pentadbiran BN semuanya bermain politik wang. Aku faham sebagai ahli politik , kadangkala kita dimomokkan oleh wang tapi situasi semasa 10 tahun kebelakangan ini pemimpin kita menelan wang terlalu melampau. Ini semua kita dapat lihat kes 1MDb serta kerajaan kita memberi wang kepada Amerika Syarikat serta kes Felda melantik Mohd Isa dan kerugian serta kehilangan tanah Felda.

Selepas itu kes GST 6% adalah paling popular hingga menekan rakyat. Dan harga barangan  setiap tahun meningkat gara-gara kegagalan mengawal harga kenaikan harga minyak. Minyak naik kemudian turun tapi harga barang tidak turun.

Dari kawalan minyak sebulan sekali ditukar kepada seminggu sekali. Kesemua ini membuat rakyat kelas menengah terasa sempit dan tertekan dalam kehidupan mereka.

Belum lagi dikira memansuhkan semua subsidi yang barang terkawal kerajaan seperti minyak masak. Harganya melonjak naik hingga sekali ganda . Aku tak nak cerita barang keperluan lain seperti  beras, gula dan sebagainya.

Pelantikan menteri bodoh juga memainkan peranan kekalahan BN. Sebagai contoh menteri yang cakap tak serupa bikin. Bila rakyat kata  hidup di Malaysia tertekan, disuruhnya kita pindah negara lain ...hehehe. Kita kata GST menekan rakyat, disuruh kita masak di rumah. Kita kata duit tak cukup, disuruh kita buat dua kerja.


Belum lagi kita lihat anak-anak menteri menghabiskan duit mak bapa mereka yang tak habis-habis. Kemudian bercinta dengan artis, keluar instagram. Inilah anak-anak menteri, buat aku lagi sakit hati.

Apa tindakan Najib, hanya mendiankan diri, malah kata GST membantu rakyat dan sebagainya. Kelas menengah seperti aku memang terasa sengsara hidup di bawah pentadbiran Najib bukan dia masukkan orang ke penjara sesuka hati tetapi memindahkan semua masalah kewangan Malaysia ke tangan rakyat dengan  membuat pelbagai undang-undang mencekik rakyat. Di adan isteri tercinta, membeli belah lupa daratan.

Inilah kesilapan besar beliau, mendiamkan diri sahaja padahal isu oleh BN semakin lama semakin banyak. Beliau memang cukup kebal dalam buat tak tahu. Malah beliau boleh kata hidup rakyat semakin baik.

Bila pimpinan yang kita harapkan membantu kita tapi ia buat macam-macam hal dan tidak mempertahankan dirinya seperti kes 1MDb maka krebiliti beliau sebagai Perdana Menteri atau ketua BN tidak akan di percayai lagi. Dan ketidak percayaan ini dihurai melalui PRU 14.

Beliau yakin setiap masalah boleh diselesaikan dengan wang sahaja, seperti naikkan BR1M seperti yang beliau lakukan pada PRU13. Tapi beliau tak tahu semakin ramai yang layak dapat BR1m tidak dapat. Kau tahu perkara tu Najib.

Apatah lagi bantuan kebajikan masyarakat. Mak aku yang berusia 71 tahun  ini , tetiba bantuan kebajikan Orang Tua  di batalkan 3 tahun yang lalu. Padahal mak aku ibu tunggal dan hanya aku yang menangungnya. Tapi kata orang kebajikan, mak aku ada 3 anak takkan tak boleh bantu. Kau lihatlah kakak-kakak aku kerja apa, dengan sara hidup makin meningkat kerana Najib kau boleh kata lagi macam tu...huhuhu Tapi mak aku masih setia bersama BN.


Aku rasa bagus juga BN kalah, tiba masanya bersihkan semua ahli-ahli yang rasuah. Kita kasi bersih BN dan kemudian kita lihat perkembangan PH. Kalau PH boleh membantu rakyat kita sokong dia lagi tapi pada masa yang sama kita tengok perkembangan BN, kalau BN masih lagi dipimpin oleh tahi-tahi duit. Tak perlu ler..

Aku terus terang kat aku sayang BN tapi kau orang melampau sangat. Anggap rakyat ini bodoh sangat. Malah kau pun dah ditunjukkan tsunami rakyat pada PRU13 tapi kau orang masih belum sedar diri. rasakan sekarang apabila kau tiada kuasa lagi, kau tengok bodek-bodek keliling kau dah mula mengutuk kau.

Semalam jer, kita dapat lihat beberapa rangkaian TV dan akhbar cepat-cepat tukar arah bila kau jatuh Najib... tak lama lagi kita lihat pak menteri bengap yang kau payung, pun akan tikam kau.
Anggap ler ini satu pengajaran terbaik buat kau, kau punca UMNO mati setelah 60 tahun. Inilah legasi yang kau tinggalkan. Sebagai Bapa Pembangkang atau Bapa Kejatuhan BN.


Tapi nasi dah jadi bubur, aku tahu semua menteri-menteri lama duit dah banyak. Kau orang boleh terbang larikan diri. Berilah muka baru memimpin BN seperti berlaku di Pakatan Harapan. Bersih rasuah!! Aku tetap setia kepada BN jika ia bersih!!!

Buat masa sekarang aku nak lihat Pakatan Harapan prestasi..


No comments: