Penjawat Awam Ramai Dihentikan/Ditukar Bawah PH - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, May 15, 2018

Penjawat Awam Ramai Dihentikan/Ditukar Bawah PH

Penjawat Awam Ramai Dihentikan/Ditukar Bawah PH

Kecoh baca ramai penjawat awam ditukar atau dihentikan perkhidmatan mereka setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

Sudah tentu, ini yang kita jangkakan kerana satu sebab. Mereka semua penjawat awam yang memalukan Malaysia semasa pemerintahan Najib.

Dimana mereka menjadi kroni dengan menutup segala kesalahan pemerintahan terdahulu dan aku pun tak pasti adakah mereka bersih.

Dalam proses pembersihan ini, sudah pasti ada beberapa penjawat awam akan terlibat. Terutama penjawat awam yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan kroni.

Ini adalah perkara biasa, buat apa simpan masalah dalam kerajaan. Rekod pun tak baik. Mungkin ini pertama kali kita tukar kerajaan maka untuk mereka ini adalah kejutan budaya.

Dengan kerajaan baru ni, keluasan kementerian juga akan berkurangan. Sudah tentu ramai penjawat awam akan terlibat dalam isu ini.

Sekali lagi PH akan menjadi mangsa. Tidak menjaga kebajikan penjawat awam. Pertama kali penjawat awam alami perkara sebegini. Pekerja swasta sudah beberapa kali mersai debaran ni.

Peralihan kerajaan baru rupanya sebegini. Banyak perubahan besar akan berlaku. Semua penjawat awam pasti berdebar menanti apakah nasib mereka.

Zaman keemasan anda telah berakhir. Buat kerja dengan baik pasti sesuatu yang baik akan menanti anda.

No comments: