PRU14 Milik Parti Harapan -updated

PRU14 Milik Parti Harapan
PARLIMEN 


PRU14 Milik Parti Harapan


Ini keputusan terbaru Parlimen di PRU 14 dan jika dilihat pada data PRU 14 ni buat pertama kali kerajaan Malaysia bertukar tangan kepada PH.

PKR menang besar di Parlimen dan dicampur dengan DAP memang sah kali ini kerajaan BN telah berkubur di hati rakyat Malaysia. Kalau lihat data total Parti Harapan  ialah 118  kerusi ( PKR dan DAP) Untuk menang majoriti kita hanya memerlukan 111 kerusi sahaja.

Belum lagi dikira parti Warisan jika mahu menyertai Parti Harapan kerana kit atahu Warisan pro parti Harapan. Belum lagi juga dikira wakil bebas jika tiba-tiba mahu menyertai Parti Harapan. Apa sahaja boleh berlaku tetapi yang pasti Parti Harapan mempunyai majoriti untuk membuat keputusan di Parlimen.  Dan sokongan Warisan dan Bebas memudahkan kerja mereka lagi.

Untuk Barisan Nasional ( BN) jik amerendahkan diri dan berpakat dengan PAS tapi masih jauh lagi dalam pembuat keputusan di Parlimen. total kerusi jika PAS dan BN bergabung ialah 97 kerusi dan katakan Warisan dan Bebas sokong BN maka total kerusi parlimen ialah 108 kerusi.

PRU14 Milik Parti Harapan


Update: 10.5.02018
Manakala untuk DUN paling teruk dan hampir semua negeri telah jatuh pada PKR. dan PAS.
Bn hanya memenangi  3buah negeri sahaja iaitu:
a) Perlis
b) Pahang
c) Sarawak
d) Sabah ( updated: 11.05.2018 AM) baca sini

PKR memenangi :
a) Johor
b) Melaka
c) Negeri Sembilan
d) Pulau Pinang
f) Selangor
g) Kedah ( Ahli UMNO sokong PH)
i) Sabah ( updated: 11.05.2018 PM ) baca sini


PAS memenangi:
a) Kelantan
b) Trengganu

Tergantung:
a) Perak (updated 12.5.2018) baca sini

Angin baru perubahan telah bermula di Malaysia di mana buat pertama kali dan aku pun tak tahu bagaimana nak rasakan perubahan ini. Takut pun ada dan gembira pun ada..