Quite Place - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, June 29, 2018

Quite Place

Quite Place

Filem Quite Place adalah sebuah filem yang paling kurang pelakon dan paling tak banyak bercakap. Pertama kali aku melihat filem yang mempunyai kelainan sedemikian dan ia menerujakan!!!
Rating kaki wayang yang patut diberikan ialah 5/5. Serius sangat hingga aku menonton filem ini tanpa bercakap.

Aku boleh katakan pengarah filem Quite Place ini sangat berani membuat filem yang sedemikian. Dan aku boleh katakan ia berjaya dengan eksperimen ini.

Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga iaitu terdiri dari ayah bernama Lee, ibu bernama Evelyn, anak lelaki Marcus dan anak perempuan Regan. Permulaan filem ini ialah melihat mereka mengumpul barangan di kedai lama yang terbiar dan melihat kematian anak bongsu mereka di bunuh oleh makhluk asing.

Filem Quite Place ini berkisar tentang dunia telah diserang oleh makhluk asing yang tidak mempunyai mata atau bau tetapi mempunyai pendengaran yang sangat kuat. Apabila mendengar sedikit bunyi sahaja, makhluk asing tersebut akan pergi kebunyi tersebut dan membunuh mangsanya.
Inilah masalah yang harus diatasi oleh keluarga Lee dimana mereka tidak boleh langsung bercakap dan berkomunikasi menggunakan isyarat tangan sahaja.

Dan masalah timbul apabila isteri Lee iaitu Evelyn sedang mengandung dan akan melahirkan anak bila-bila masa sahaja. Inilah bermulanya cerita ini anda melihat bagaimana Evelyn sembunyikan dirinya dan menahan nak bersalin apabila makhluk asing tersebut datang ke rumah mereka. Memang suspen giler

Manakala suami dia tiada di rumah sebab keluar bersama anak lelaki mereka. Regan pula masih sedih akan kehilangan adik bongsunya dan pergi ke kubur adiknya. Regan berasa bersalah ata skematian adiknya kerana dia yang memberi adiknya mainan yang berbunyi hingga kematian adiknya.

Evelyn berseorangan menyembunyikan diri dan nak bersalin tu. Apabila Lee dan anak lelakinya tiba, ia menyuruh anak lelakinya menyalakan mercun bagi mengalihkan perhatian mahluk asing tersebut dengan mercun.

Untuk pengetahuan anak perempuan Lee iaitu Regan adalah kurang pendengaran, beliau telah membuat alat pendengaran untuk anak perempuan. Akhirnya alat pendengaran itulah yang menyelamatkan mereka kerana pitch alat pendengaran itu membuatkan makhluk asing tersebut tidak keruan.

Bagaimana keluarga tersebut menyelamatkan diri. Evelyn berjaya melahirkan bayinya tetapi bagaiman mereka hendak hentikan tangisan bayi tersebut.

Saksikan filem Quite Place ini jika anda mahukan kelainan!!!







No comments: