The Incredibles 2 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, June 21, 2018

The Incredibles 2

The Incredibles 2

The Incredibles 2 ditayangkan pada Hari Raya kali ini, dan aku tidak melepaskan peluang menonton filem kartun ini semenjak sequel pertamanya pada tahun 2004. Sequel pertamanya sehingga kini masih terpahat pada otak fikiran aku berkenaan sebuah keluarga yang kuasa luarbiasa dan bagaimana anak mereka mengetahuinya  dan bagaimana mereka mengawalnya.

Anda harus menonton sequel pertama kalau anda ingin mengetahui latar belakang keluarga Mr. Incredible serta isterinya Elastic serta anak mereka Violet, dash dan baby super power Jack-Jack.
Apakah kuasa mereka dan perangai mereka. Wajin tonton sequel pertama!!

Dalam The Incredibles 2 ini keluarga ini menghadapi cabaran besar apabil amelanggar undang-undang yang mengharamkan superhero. Mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain dan hampir tiada arah tujuan.

Namun segalanya bertukar apabila jutawan komunikasi Rick dan adiknya Keener telah berjanji untuk membantu mereka mendesak kerajaan meluluskan semula superhero ke lapangan. Tapi mereka hanya memerlukan Elastic Girl sahaja dalam memainkan peranan ini.

Peranan Elasticgirl telah membuka mata semua rakyat Amerika dan satu dunia. dan mereka semua setuju untuk meluluskan rang undang-undang membenarkan superhero aktif.

Namun mereka tidak tahu semasa Elastic Girl membanteras penjenayah yang sering mengganggunya iaitu  Screenslaver ianya adalah rancangan adik Rick iiatu Keener yang mahukan semua superhero diharamkam atas kematian ayah dan ibu mereka.

 Screenslaver menggunakan cermin mata dalam mengawal semua superhero mengikut arahannya dan segala perbutan mereka akan disalahkan kepada superhero. Apakah yang terjadi pada mereka?

Adakah anak-anak Mr. Incredible akan membantu ayah dan ibu mereka. Dan apakah kuasa terbaru Jack-Jack?

No comments: