Ahmad Zahid Presiden UMNO Tanda UMNO Berkubur - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, July 3, 2018

Ahmad Zahid Presiden UMNO Tanda UMNO Berkubur



 Ahmad Zahid Presiden UMNO Tanda UMNO Berkubur


Tahniah pada Ahmad Zahidi setelah menang dalam pemilihan Presiden UMNO mengalahkan Khairy dan Tengku Razaleigh. Aku pun kurang faham dengan tingkah laku sesetengah ahli UMNO kenapa mengundi  Ahmad Zahidi sebagai Presdien UMNO.  Tapi aku juga jangkakan  Ahmad Zahidi akan menang sebab semua ahli bahagian UMNO  masih lagi muka lama yang menyokong kepimpinan lama.

Aku sayang UMNO kerana ianya parti Melayu yang telah memerdekakan negara kita ini. Ia memerlukan perubahan yang drastik yang membawa maksud ia harus dipimpin oleh muka-mul abaru yang bebas dari kepimpinan lama.

Perlu diingat, rakyat bukan tidak suka UMNO tetapi tidak suka pemimpin lama UMNO termasuk dari Presdien terdahulu hingga semua majlis Tertinggi dahulu. Merekalah dahulu yang membuat pelbagai sistem dari GST hingga semua subsidi dibatalkan. Beban diletak kepada rakyat hingga rakyat memberontak dan memangkah Pakatan harapan pada PRU14 yang lalu.


Malangnya masih ada pemimpin UMNO terdahulu masih lagi dibuai mimpi mereka yang masih menganggap mereka masih lagi menteri atau timbalan menteri. Masih lagi bersikap seperti CEO atau COO. Jika sikap sedemikian masih ada, bagaimana kita nak ubah UMNO.


Itulah kehendak rakyat, mahukan semua pemimpin UMNO lama ditukar dan jika semua pemimpin lama menyayangi UMNO mereka sepatutnya telah turun dari kerusi UMNO yang telah lama mereka duduki. Birlah muka baru menerajui UMNO baru..

Aku tak kata semua pemimpin lama tak bagus tapi apa nak buat, persepsi rakyat memikirkan begitu. Dengan rekod rasuah yang terlalu banyak, sikap menteri UMNO dahulu yang mulut celupar hingga merendahkan rakyat.  Itu semua silap pemimpin terdahulu.

Berbalik pada pemilihan  Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO adalah kesilapan yang terbesar sekali. Aku rasa akar umbi UMNO pasti rasa kecewa dengan keputusan tersebut namun nak katakan apa, semua bahagian dah pilih dia kerana masih sayang atau tak ler nak "move on" aku pun tak pasti...hehehehe.

Tapi aku tak salahkan pemimpin Bahagian,  Ahli  UMNO kan semua makan hormat dan yes bosss dari dulu lagi...hahahha. Sepatutnya  Ahmad Zahidi kena ikut jejak Najib meletakkan jawatan dan ambil tanggungjawab kekalahan BN pada PRU14 yang lalu. Termasuk beberapa pemimpin majlis tertinggi yang lain.


Lihat sahajalah nasib UMNO nanti.


Jom lihat cebisan dari artikel pelantikan  Ahmad Zahidi


Kemenangan Ahmad Zahid begitu signifikan pada pemilihan yang dianggap sebagai ibu segala demokrasi, selepas Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.

Ahmad Zahid, 65, adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum menjadi anggota Kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Permulaan karier politiknya bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.










No comments: