Hak Raja-Raja Melayu Harus Dihapuskan - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, July 15, 2018

Hak Raja-Raja Melayu Harus Dihapuskan

Hak Raja-Raja Melayu Harus Dihapuskan

Kisah lama yang tular kembali. Kali ini lebih hebat setelah perubahan kerajaan baru. Ramai pihak ambil kesempatan dengan penubuhan kerajaan baru yang masih lemah dengan mendesak penghapusan raja-raja Melayu malah yang sedihnya terdapat bangsa melayu yang menyokong desakan ini.

Ya, kadang-kadang aku pun menyampah melihat tingkah laku sesetengah kerabat diraja melayu yang menunjuk- nunjuk kuasa dan kekayaan mereka. Tapi itu sahaja yang mereka lakukan. Anak menteri lagi teruk, tk bekerja dan tiap- tiap hari perabih duit mak bapa mereka.

Jika desakan rakyat Malaysia mahukan penghapusan kuasa raja disebabkan kekayaan dan kuasa raja-raja melayu maka ia bukanlah sesuatu yang patut dilayan.

Penghapusan kuasa raja bermakna penghapusan bangsa melayu dalam pemerintahan negara ni. Hapusnya kuasa raja maka tak lama lagi, perdana menteri Malaysia bukanlah hak istimewa orang melayu.

Jika raja melayu dihapuskan. Perkara pertama yang akan berlaku ialah persetujuan  menteri besar tidak terletak ditangan raja-raja melayu. Negeri-negeri ini akan menjadi negeri seperti Melaka atau Pulau Pinang. Ketua Menteri boleh dilantik dari mana- mana bangsa selain melayu.

Sekarang ini hanya negeri Pulau Pinang. Melaka belum lagi tapi rasanya tak lama lagi. Dan sedihnya jika DUN semua dilantik bukan dari bangsa melayu maka bangsa melayu aku hilang kuasa dari autonomi negeri.

Berbalik semula kepada kerajaan persekutuan pula. Lagi haru biru. Perubahan pertama ialah timbalan perdana menteri dari bukan melayu. Kemudian tanpa perlu persetujuan Agong maka perdana menteri dilantik dari bukan melayu.

Lalu apa yang tinggal pada orang melayu. Kuasa ekonomi sah-sah bukan milik kita dari dulu lagi. Yang tinggal ialah kuasa pemerintahan, itu pun dah tak der lagi.

Akhirnya  melayu masyarakat majoriti hanya tinggal nama sahaja dan diperintah oleh bangsa lain.

Itulah senario terburuk aku boleh katakan jika hak raja melayu dihapuskan

Namun dengan keadaan senario politik dan arus pemikiran rakyat Malaysia yang semakin berubah telah membentuk dua jenis pemikiran rakyat Malaysia iaitu Bangsa Malaysia dan Bangsa Berdasarkan Rasis.

Sebab itu terdapat orang-orang melayu yang mahukan sistem beraja dihapuskan. Namun jika benarlah kita semua bangsa Malaysia apa salahnya jika kita hapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil. Jika kita cakap, marah pula kan? Dan aku tak lihat ada bangsa cina atau india yang menyokong pula sekolah aliran ini dihapuskan.

Dan kini pula lorat suruh kerajaan sahkan status pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Buat apa nak luluskan pula.

Jika anda membaca artikel aku ni pasti dikepala anda telah sahkan bahawa Hanif Idrus Blog adalah rasis melayu yang fanatik...hahaha.


Aku bukan fanatik rasis melayu tapi situasi yang menyebabkan perkara ini berlaku. Jika semua rakyat Malaysia menghormati kontrak sosial yang kita setuju dari.dulu lagi maka perkara ini tak perlu di bahaskan.

Dimana kontrak sosial kita ialah jangan campurtangan hal agama bangsa lain, hormati budaya bangsa lain serta adat mereka. Dan perlembagaan Malaysia.

Jika semua bangsa hormati perkara diatas maka tak akan keluar artikel ini dan aku dicop rasis. Aku impikan zaman aku sekolah dahulu dimana semua bangsa hormati satu sama lain. Dan aku yakin ramai yang masih mengimpikan zaman itu..

Aku harap soal pertikai hak melayu jangan berlaku lagi. Kami pun tak akan pertikaikan hak bangsa lain.
Ya, usaha membentuk rakyat Malaysia menjadi bangsa Malaysia mudah diucap. Tapi tanyalah diri sendiri, adakah anda benar-benar bangsa Malaysia atau bangsa Melayu, Cina atau India.

Sanggup anda hapuskan kuasa raja melayu.
Hapuskan hak istimewa melayu.
Hapuskan sekolah aliran cina atau tamil.
Hapuskan segala-galanya yang beridentiti berdasarkan bangsa di Malaysia dan kita standardkan pakai sistem Eropah yang standard. Ada bran..

So jangan memekak- mekak dan ujudkan ketegangan kaum di Malaysia. Cukup- cukuplah, selama ni dengan sistem yang yang ada pun kita dah harmoni. Jangan rosakkannya.




3 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada yang memilih kerajaan baru yang akan menghapuskan segala keistimewaan orang melayu dan islam sekali.. tapi hak untuk orang yang berpegangan islam Liberal, LGBT, memusuhi islam semakin terjaga... rakyat bawahan makin ditindas, orang miskin (yg kebanyakannya melayu) pasti makin terseksa.. Mungkin kesannya tak terasa dalam masa sehari dua ni tunggulah bila segalanya dah jadi hak milik diorang dan bila segala suara dan hak kita di ketepikan baru nak menyesal tak gunalah... tengok apa yang berlaku di negara luar yang mana orang islam menjadi penumpang dinegara sendiri

Anonymous said...

subjek sejarah adalah subjek paling tidak disukai oleh ramai orang. kalau ramai yang tak belajar tawarikh dan tak hayati sejarah, maka sejarah akan mengajar semula mereka erti sebenar sejarah.
Dr. Ridhuan Tee dah lama menulis perkara ini. Apa yang beliau tulis sedang berlaku. Golongan ultra kiasu ini sedang menuju objektifnya sedangkan inilah nasib melayu di bumi melayu.
Telaah karya beliau, dapatkan di toko2 buku. Tulisan beliau lebih lantang, lebih real dari admin sendiri, terlalu sinis sehingga rakan2 beliau di Macma tidak senang. Tetapi beliau tetap berpegang teguh bahawa orang Melayu ....di nusantara inilah tempat mereka sebenarnya dan sewajibnya mereka pertahankan. Dr. Ridhuan berpegang Melayu itu mesti islam, jika tidak ia akan menuju kebinasaan. Cara & sikap harus berubah selari dengan kehendak syarak. Budi bahasa wajib diteruskan dan tinggalkan semua sifat2 mazmumah.
Tapi...apakah itu tinggal wacana dari Prof. sahaja?
Tanyalah diri sendiri. apakah yang kita lakukan ini memberi jaminan kelangsungan Agama Islam & bangsa Melayu pada masa depan?

Anonymous said...

Betul2...
Tahfiz....kena tutup pasal nampak radikal.
Sekolah vernakular,uec...diiktiraf pasal demokrasi.
Bantulah saya untuk melihat situasi ini!!!
Jenuh melihat dari pelbagai kacamata tapi memang tak nampak. Apakah ini kebodohan? Rancangan matriks? Permulaan 1M sebenarnya? atau Pemerintah dunia baru?
memang sungguh terbatas fikiranku ini!!