Hanif Idrus Blog Akan Bertukar Niche Lebih Serius - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Saturday, July 21, 2018

Hanif Idrus Blog Akan Bertukar Niche Lebih Serius

Salam semua blogger dan rakan pembaca. Untuk pengetahuan Blog Hanif Idrus kini sudah berusia 8 tahun semenjak ditubuhkan pada 2010. Lama juga aku berblogging yek.

Namun bila bicar tentang blog Hanif Idrus ini ialah sebuah blog santai yang menyiarkan artikel tanpa sebarang niche dan topik yang tertentu. Ia merangkumi semua aspek samada wayang, politik, keluarga, fotografi dan sebagainya.

namun smeenjak kebelakangan ini aku mula berfikir untuk menukar niche blog Hanif Idrus sebagai blog yang mencerita tentang kehidupan manusia secara serius. Tiada lagi artikel plagiat atau berusaha menyiarkan artikel setiap hari tanpa memikirkan kualitinya. Janji ada artikel yang disiarkan setiap hari.

Perkara ini berlaku kerana pageview memainkan peranan yang penting untuk aku ketika dulu. Mengejar pageview sehingga 5000 pageview sehari agak memenatkan.

Dengan pageview yang baik maka iklan yang ditepek di blog ini juga akan memberi pulangan wang yang baik. Itulah dasar asas aku dulu sebagai blogger.

Namun aku kini mempunyai beberapa blog yang aktif dan memberi pulangan yang baik berbanding dengan Hanif Idrus Blog ini maka ia memberi tanda untuk aku tidak mempedulikan lagi tentang pageview atau apa sahaja.

Dah malas nak pikir tentang pageview dan malas nak pikir tentang wang iklan. Kini dan bermula hari ini Hanif Blog akan fokus pada isu semasa dan jika ada info tentang keluarga . Cukuplah setakat itu sahaja.


Dan isu fotografi juga tak lama lagi akan dimasukkan ke dalam blog Travel dan fotografi aku. Biarlah blog Hanif Idrus ini menjadi sebuah blog yang mengupas tentang isu semasa masyarakat Malaysia.


Umur pun dah meningkat dan matang maka tiba masa kena berubah dengan umur dan usia kita kan. Lagipun blog Hanif Idrus dah 8 tahun, ia pun kena berubah dan inilah masanya.


Untuk pembaca, artikel Hanif Bin Idrus tidak akan seaktif dahulu, kerap dengan artikel tetapi akan disiarkan mungkin seminggu sekali paling lama. Bergantung isu yang kita nak kupas melalui pandangan saya.

No comments: