Kekurangan Guru DiBandar Besar? Benar atau Palsu. - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, July 23, 2018

Kekurangan Guru DiBandar Besar? Benar atau Palsu.

Kekurangan Guru DiBandar Besar? Benar atau Palsu.


Cerita pertama:
Masalah kekurangan guru kini semakin meruncing di bandar-bandar utama negara terutama di Johor dan Selangor berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmatan, memilih untuk kembali ke negeri asal untuk bertugas.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata kecenderungan mereka untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar.

Cerita Kedua,
YB yang dikasihi,
Beberapa masalah memerlukan perhatian dari YB khususnya berkaitan dengan lambakan graduan yang belum di'posting'kan. Isu yang melanda Graduan ISMP perlu diberi perhatian yang selama ini dipandang sepi.


ISU panas terkini ialah kekurangan guru di bandar besar terutama di Johor dan Shah Alam.

TERDAPAT dua cerita tentang kes guru diatas. Pertama guru kurang dibandar besar dan kedua lambakan guru.

Kekurangan guru dibandar besar berpunca dari taraf hidup yang tinggi di bandar- bandar besar dan mereka mengambil keputusan balik ke negara asal.

Bolehkah alasan tersebut diterima oleh KPM yang rata-ratanya ketahui tentang masalah serius kekurangan guru dibandar besar tapi membenarkan pelepasan guru balik ke negeri asal. Hairan, kau tahu kau kurang guru tapi kau luluskan guru bandar posting ke negeri lain.

Kedua, setiap posting setahu aku ialah tukar suka sama suka. Jika ada guru lain yang sanggup tukar suka sama suka. Maka ia dibenarkan. Kalau tak salah aku ler.

Ketiga, maksud kekurangan guru dibandar besar kerana ramai yang balik ke negeri asal bermakna lambakan guru dinegeri- negeri lain?
Atau sememangnya kita kekurangan guru untuk ganti guru bandar yang balik ke negeri asal.

Aku tak jelas maksud yang diutarakan oleh Menteri Pendidikan kita ini.
Kekurangan guru dibandar besar kerana taraf hidup yang tinggi alasan yang jumud.


Bagaimana nasib pekerja swasta yang kerja di bandar besar. Adakah gaji mereka cukup tinggi dan lagi tinggi dari guru hingga boleh hidup dibandar seperti di Johor atau Shah Alam. Cuba kasi data perbezaan gaji guru bandar dan pekerja swasta. 

Penyataan sedemikian kadangkala buat aku marah. Setiap kali yang susah ialah pekerja kerajaan tetapi pekerja swasta tak susah. Padahal yang sengsara dan lagi teruk pekerja swasta.

Untuk aku penambahan elaun itu semua pembaziran. Rata-rata tahu kerajaan kita sekarang ni kurang duit. Tapi permenant action atasi masalah kekurangan  guru ialah kasi duit. Lagi sakit hati pekerja swasta. 

Kenapa tak guna lambakan  graduan yang bujang buat sementara postingkan ke bandar. Mereka bujang kan dan lagipun tengah kemaruk cari kerja. Rasanya mereka pun tak marah kalau kena kerja di bandar besar. Win- win situation, guru lambakan dapat kerja dan cikgu dibandar mencukupi.

Kedua melalui pengalaman aku. Kebanyakan guru bandar ada membuat second job iaitu guru tuisyen. Apa nak buat, semua sedia maklum kerja di bandar taraf hidup tinggi maka mahu tak mahu kena cari pekerjaan kedua. Sama yang berlaku pada pekerja swasta. 

Saya kalau boleh nak tulis macam- macam. Tapi rasanya isi penting kat atas dah cukup kot. Malah saya telah berikan solusinya.
Kalau tanya macam- macam pun bukan ada orang nak jawab..hahahaha.

Tak payah bazir duit. You as boss buat sementara ini beku dulu semua pemindahan guru bandar dan kemudian gunakan lambakan guru graduan untuk isi kekosongan guru.

Bukan aku melantun sesuka hati tapi aku berpikir pandangan bukan sahaja dari aspek guru tapi aspek pihak lain iaitu pekerja swasta.

Satu lagi tolong siasat, mahu ker sekolah bandar nak guru baru. Biasanya sekolah bandar kalau nak guru ialah guru kelas A. Guru baru selayaknya hantau kat sekolah kampung. Itu yang aku dengau ler....



No comments: