JIRAN SEPAKAT TAPI TAK BERKAT - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, August 19, 2018

JIRAN SEPAKAT TAPI TAK BERKAT

Hari ini nak membawang sekejap tentang kejiranan pula. Dalam dunia yang moden ini komunikasi antara jiran memang mudah. Buat sahaja what apps group, apa sahaja maklumat kita dah boleh dapat awal.


Dulu kita mengharapkan rukun tetangga atau buat ketua blok untuk mendapatkan maklumat terkini. Dulu ler..


Sekarang memang mudah dan tidak terkecuali dengan kawasan taman rumah aku ni. Ada group what apps tapi untuk aku tak der ler. Cuma yang ada ialah what group perempuan yang dinamakan Jiran Sepakat...hehehe. Ini nak cerita pasal group perempuan ni. 


Sekarang ni di kawasan rumah aku ni ada beberapa orang pelihara kucing. Kalau kucing dia tak per ler tapi macam-macam kucing. Kerana ia letakkan makanan kucing depan pintu rumah dia.


Baguslah kerana niat nak kasi kucing liar makan tapi masalahnya makin lama makin banyak plak kucing liar ni dan paling tak best ialah berak kat rumah kita plak. 


Berlonggok- longgok tahi dia kat depan pintu gate atau kat dalam rumah. Tahu ajer ler kucing, sekali dia dah kencing atau berak satu tempat. Itu ajer ler dia aim setiap hari.


Aku tak tahu ler kalau dia dapat pahala atau tak. Tapi yang masalahnya kucing tu berak depan rumah aku. Kalau aku bantai kucing tu. Aku pula menanggung dosa. 


Pada suatu hari, geng perempuan ni berborak kat luar rumah. Semua ada masalah yang sama, kucing kencing dan berak kat rumah mereka.


Maka ada ler jiran tu hantar what apps personal beritahu pasal jiran-jiran lain komplen. Dia minta maaf tapi cara dia macam hawau jer.


Di atas tu what apps yang ditulis. Kalau kau baca pun menyirapkan...hahahah. Bini aku baca pun tersirap jer jap. 


Paling best, geng komplen tempoh hari yang beria- ria marah pasal kucing tu. Tukau statement pula dalam what apps. Jap aku hantau gambar kat bawah.



Tiba- tiba statement nak buat amal jariah plak...hahhahaha. Kalau nak berlakon pun janganlah nak tunjuk baik sangat.  


Selama ini kucing- kucing ni berak kat rumah kau amal jariah ler tu. Masa borak ramai- ramai kau tak cakap pula. Kasihan orang yang komplen tu. Ingatkan dapat sokongan tapi kena tikam siut.


Padahal dia komplen sebab jiran- jiran lain tak nak komplen. Tapi dia pula yang kena dan tidak dilupakan bini aku. Kasihannya.


Pengajarannya ialah bila berjiran ni memang susah. Sebab kita jumpa setiap hari. Kalau gaduh memang payah.


Kedua ialah manusia ni kalau dia tersepit ia akan tukar tajuk cerita supaya bukan dia yang paling jahat. Malah dia akan dicop insan paling memahami dan mulia.


Ketiga ialah mulut puaka kejiranan memang ujud. Macam contoh what apps kat atas tu. Jenis ni tak sedar dia salah. Padahal jiran tu what apps personal dia pula kecoh kat group.


Kadang- kadang kelakau aku lihat jiran kawasan rumah aku. Yang penting aku dan lelaki kat sana tak terbabit. Biarlah aku cuci simen lantai rumah aku. Sebab jiran kat kawasan aku ni jenis peleceh dan tikam- tikam.


Aku beritahu wife aku. Kalau tak nak pening ialah keluar dari group what apps. Tapi jamgan keluar sekarang, bulan depan lerr. Kalau keluar sekarang nampak sangat kita stressss...hahahaha.

Ini adat resam kehidupan. Biasalah.

No comments: