Kepayahan Imigresen Bukit Kayu Hitam - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, August 31, 2018

Kepayahan Imigresen Bukit Kayu Hitam

THE SMART HOTEL HATYAI



Pengalaman pertama menggunakan laluan ke Hatyai melalui Bukit Kayu Hitam telah membuang masa kami selama 2.5jam iaitu dari pukul 6.30am bermula jammed hinggalah ke imigresen dan kastam Thailand.


Pada mulanya kami pun tak kisah sangat keadaan yang jammed di laluan masuk Bukit Kayu Hitam ke Thailand. Disebabkan pada masa itu adalah Hari Kemerdekaan dan sudah tentu rakyat Malaysia memgambil kesempatan untuk jalan- jalan ke Thailand.
Pemeriksaan dari imigresen Malaysia amat mudah iaitu kami tak perlu turun dari kereta. Hanya hulurkan pasport dah selesai. Cuma kesesakan dan sistem laluan kena perbaiki lagi. Agak kelam kabut dan tidak teratur.

Selepas melepasi imigresen Malaysia, kami lalui ke imigresen Thailand pula. Ini paling lama tahap giler. Dimana setiap pemandu dan penumpang harus turun dari kereta dan tunjukkan pasport. Bayangkan kalau satu kereta 5 orang mahu tak lama kami menunggu.

Ada juga kesilapan rakyat Malaysia yang tak tulis keratan deklarasi yang harus diambil. Tulis ler awal-awal.

Untuk pengetahuan jika kamu mahu ke Thailand dengan kenderaan. Kamu harus mengambil insuran kereta dan deklarasi kan pada kastam. Kalau tak tak boleh masuk. Kereta kawan aku kena insuran sebanyak RM33.

Berbalik semula pada menunggu pemandu lain tunjuk pasport pada imigresen kastam. Akhirnya giliran kami pun tiba, kami selitkan RM2 dalam pasport. Itu standard kastam Thailand kot. Aku tak mahu komen.

Selepas pemeriksaan pasport yang menjerihkan. Ada peristiwa pula kereta rosak depan kaunter kastam Thailand. Tambah jammed dan lama lagi..huhuhu.

Selepas selesai pemeriksaan imigresem. Kami ditahan lagi untuk melihat insuran kereta. Member aku kena daftar pula kat pejabat kastam untuk buat deklarasi. Lama gak kami tunggu.
Tadi masa kat kaunter dia orang periksa dan lepas keluar rupanya kena hantar surat deklarasi pula. Cakaplah dengan kami kena buat deklarasi..huhuhuhu.

Pukul 9am rakan aku selesai daftar urusan dengan kastam Thailand. Memang buang masa 2.5 jam kami disana.


Kepayahan Imigresen Bukit Kayu Hitam



No comments: