Maxis Prepaid 60GB Percuma Tiada Lagi. Penipuan Atau Tawaran? - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, August 2, 2018

Maxis Prepaid 60GB Percuma Tiada Lagi. Penipuan Atau Tawaran?

Maxis Prepaid  60GB Percuma Tiada Lagi. Penipuan Atau Tawaran?

Pada gambar kat atas kalau anda lihat pakej prepaid hotlink yang disediakan memang awesome. Ini adalah top up yang aku beli bulan lepas dengan harga RM70 aku dapat unlimited call dan paling best 60GB percuma selama sebulan tapi boleh claim pada pukul 1am hingga 7am.
Manakala anda juga dapat free non stop sto red sosial dan red chat.

Aku nak bercerita tentang 60GB percuma ini. Puas aku download movie menggunakan 60GB ini terutama masa aku kerja malam. Episod Supernatural 1 hingga 13 habis aku download sebagai koleksi peribadi aku.

Manakala data 10 GB aku memang tak habis digunakan sebab pukul 1am -7am kan dah ada 60GB. Puas hati aku menggunakan perkhidmatan ini.

Namun bulan ini bila aku nak top up internet, aku dapati internet percuma 60GB dah tiada lagi tapi yang lain-lain masih ada lagi. Aku ingat aku dah salah beli tapi bila kau surf internet memang  tak muncul pun pasal 60GB ini.

Frust aku melihat tawaran tersebut tiada lagi. Maxis ini kalau buat tawaran untuk sebulan tolong jelaskan pada pengguna. Ini tidak, tiba-tiba sahaja sudah tiada masa nak top up.

Perkara sebegini akan menyebabkan pengguna Maxis rasa tertipu dan reputasi Maxis akan jatuh kemudian nanti. dan aku sebagai pengguna Maxis prepaid yang berbelas tahun pun rasa marah yang amat sangat.

Marah bukan sebab 60GB ini tapi marah kerana tertipu dan dipermainkan. Aku dah mula tak yakin pada Maxis yang semakin bercelaru tentang plan internetnya yang pelbagai.
HolinkMu deal, Red Pass, Internet Passes  dan kini hanya menunggu lagi apa tawaran internet yang akan diberikan oleh Maxis ini.


Maxis boleh membuat pelbagai tawaran tapi biar jelas kepada pengguna. Hingga kini aku masih kecewa dengan sikap pemasaran mereka yang tidak profesional.

No comments: