Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Kemaruk Kasih Sayang - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, August 13, 2018

Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Kemaruk Kasih Sayang

Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Kemaruk Kasih Sayang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa baru- baru telah diviralkan kerana membenarkan golongan transgender mengguna tandas wanita.

Dan beliau juga tidak bersetuju Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, yang menyifatkan perjuangan komuniti LGBT sebagai kebebasan haiwan, Mujahid berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana cuba menggambarkan komuniti itu sebagai haiwan.

Namun segala- galanya telah dibetulkan kembali Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa  bahawa beliau tidak membenarkan golongan transgender guna tandas wanita. Malah menolak sekeras-kerasnya menyokong LBGT malah potret aktivis LGBT yang dipamerkan di sebuah pameran fotografi di Pulau Pinang, diturunkan telah beliau arah diturunkan.

Kecoh betul Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa  Menteri Agama kita ni. Mula- mula mendengar statement Nisha Ayub kata pak Menteri Agama benarkan guna tandas wanita tercekik aku masa makan.

Bila ditanya tentang isu LBGT seperti tertera di akhbar Berita Harian.
Sama ada kerajaan akan memberi layanan sama kepada komuniti lesbian, biseksual dan gay sebagaimana dilakukan terhadap komuniti transgender hari ini, Mujahid berkata, beliau tidak pasti lagi apa yang perlu dibuat.
Tapi tak per semuanya dah dibetulkan. Cair juga Pak Menteri Agama bila jumpa Mak Nyah jugak..hahahaha. Melalut- lalut dia cakap. Nasib baik dia sedar tapi dah viral ler. Agak terlambat kot.

Aku maafkan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebab ini pengalaman beliau sebagai Menteri. Tapi beliau kena ingat beliau mewakili agama Islam apabila beliau berucap. Kena hati- hati Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Tak perlu sangat kemaruk kasih sayang dan perhatian masyarakat. Buat apa yang patut ikut landas undang- undang. Kata- kata awak mewakili agama Islam, jangan salah langkah dan jangan cepat cair dengan transgender ini. Saya faham kelembutan transgender ini kalah perempuan asli. Dia punya mekap pun kalah bini kita. Tapi iman kena kuat Pak Menteri..

Kang dah tersasul buat statement. Terkial- kial hari ini nak betulkan balik statement awak tu. Benda yang salah tetap salah. Apa nak takut. Tak perlu layan karenah LBGT ini.

Cuma satuyang saya setuju ialah hak Mak Nyah di Malaysia dilayan samarata. Kadang- kadang masyarakat kita ni pandang mak nyah macam jijik.
Mereka tak salah, golongan khunsa ini dilahirkan begitu nak buat macam mana. Statement Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kita harus ubah sikap dan pandangan terhadap golongan Mak Nyah saya sokong.
Tapi bila bab gay atau lesbian atau bioseksual kau orang rileks jer. Tak pula jijik kau pandang macam kau pandang mak nyah. Sebab kau dapat lihat secara fizikal rupa mak nyah ini kan. Mereka manusia.
Tapi kalau mak nyah jadi pelacur janganlah pula kita sokong malah jadi pelanggan. Inilah punca- punca kau akan jadi gay...main belakang..

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa lain kali berhati- hati yer..

No comments: