RAFIZI DAN AZMIN MANGSA PENCATURAN POLITIK - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, August 7, 2018

RAFIZI DAN AZMIN MANGSA PENCATURAN POLITIK


Cerita politik panas terbaru iaitu pertembungan dan peperangan orang kuat PKR iaitu Rafizi dan Azmin. Dimana Rafizi mencabar Azmin untuk  berebut jawatan timbalan presiden PKR yang disandang Datuk Seri Azmin Ali.

Pertelingkahan Azmin dan Rafizi sudah lama berakar umbi semenjak Langkah Kajang anjuran Rafizi untuk menaikkan Wan Azizah / Anwar sebagai Menteri Besar Selangor gagal dan mendapat habuannya ialah Azmin.

Pertelingkahan ini semakin parah apabila Rafizi berkata, antara sebab beliau berebut jawatan timbalan presiden PKR ialah untuk membebaskan PKR daripada budaya “salam cium tangan” dan feudal serta budaya orang bawah tidak boleh menegur orang atas.

Analisa dalam percaturan politik ini ialah jika Rafizi menang sebagai Timbalan Presiden PKR, potensi beliau untuk aktif dalam politik elit semakin cerah. Kini pun beliau tiada apa-apa jawatan dan mengatakan tidak mahu apa-apa dalam jawatan kerajaan kerana ia mahu menjadi pejuang hak masyarakat. itu kata dia buat masa sekarang.

Lagi pun satu dunia tahu Rafizi adalah kem Anwar. Manakala Wan Azizah dan anak perempuannya Nuzul sememangnya dilihat sokong penuh si Rafizi ini.

Manakala pula Azmin, kerjaya politik dia semakin lama semakin memuncak dengan pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Dan terkini sebagai ahli Lembaga Khazanah Nasional secara tak langsung telah memberi satu impak kuat bahawa beliau adalah "anchor" dalam PKR.

Jika beliau menang dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR ini semakin rancak ler kerjaya politik beliau. Semua sudah tahu Anwar akan kembali ke kancah politik dan diwar-warkan sebagai penganti Perdana Menteri.  Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sudah tentu Timbalan akan jadi Timbalan Perdana Menteri kalau ikut standard politik Malaysia ler.

Kalau Muhyiddin akan  jadi Timbalan sebagai wakil parti Bersatu, Azmin sekurang-kurangnya satu kaki kanan dah konpem boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. Dengan jawatan Timbalan Presiden PKR, ia berhak untuk jadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pertelingkahan ini, jika Rafizi kalah pun ia tak rugi apa-apa pun cuma kerjaya politik beliau akan berkubur. Kalau Azmin kalah, ia pun tak rugi apa-apa pun sebab beliau dah ada jawatan dalam kerajaan. 

Kenapa Rafizi dan Azmin dikatakan mangsa pencaturan politik?

Percaturan politik Rafizi dan Azmin ini aku boleh katakan ujud tangan-tangan ajaib. Kita terlepas pemainan Tun Mahathir dalam isu ini. Sebelum ini seperti saya katakan satu Malaysia tahu hubungan Azmin dengan Anwarisme kurang baik.  Senyum depan-depan tapi belakang mengutuk..hehehehhe.

Kenapa Tun Mahathir lantik Azmin jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan kemudian lantik lagi jadi Ahli Lembaga Khazanah Nasional kalau Tun Mahathir tahu hubungan Azmin dengan Anwarisme kurang baik. Seolah-olah Tun Mahathir mahu menjadikan Azmin sebagai kambing hitam dalam pencaturan politik peribadi Tun Mahathir.

Dengan mengawal Azmin dalam kem Tun Mahathir, secara tak langsung ia akan mengurangkan kuasa Anwarisme dalam pertarungan politik Malaysia. Jika Azmin menang sekurang-kurangnya ia akan mengimbangi kuasa dalam PKR. Jika Rafizi menang, Tun Mahathir tiada sokongan atau penyokong kuat dari  ahli PKR.

Tun Mahathir amat memerlukan Azmin kerana kebanyakan ahli Parlimen adalah dari PKR dan hubungan baik Anwar dengan DAP mungkin akan menyusahkan beliau sebagai ahli Bersatu nanti.
Dengan adanya Azmin sebagai Pengerusi Negeri Selangor dan punyai ramai penyokong kuat dalam PKR, memang Anwar sukar nak bergerak pada masa akan datang.  Pendek kat Azmin ini adalah Check And Balance Politic Tun Mahathir Dalam PKR.

Sebab itu Anwarisme menyokong Rafizi, mereka tahu Azmin ini merupakan liabiliti bahaya pada mereka. Bila-bila masa sahaja Azmin boleh langkau mereka jika ia mempunyai tapak dalam PKR dan apatah lagi jika beliau kekal menjadi Timbalan Presiden PKR. Oleh itu Azmin harus dikurangkan kuasanya dalam PKR. Maka untuk Anwar dan keluarga, Rafizi adalah kambing hitam mereka.

Yang menang nanti ialah Tun Mahathir dan Anwar, Presiden PKR konpem milik Anwar cuma sekarang siapa akan menang besar. Kalau Rafizi menang, Kem Anwar menang besar dan kalau Azmin menang, kem Tun Mahathir menang besar. 

Kadang-kadang aku lihat Tun Mahathir inilah yang menyukarkan dan punca PKR begeser. Sepatutnya, Tun Mahathir kekalkan sahaja Azmin jadi Menteri Besar Selangor. Kasi dia duduk diam-diam kat sana tapi nak juga jadikan ia Menteri dan kasi jadi ahli Lemabaga lagi...huhuhu.

Politik Malaysia ini memang dahsyat, setiap perkara berlaku kita harus lihat di lapisan yang kedua. sebab lapisan kedua inilah perancang utamanya...hahahahhaa.

Inilah pandangan politik peribadi aku. Bukan nak kutuk Tun Mahathir atau Anwarisme. Tapi satu kupasan politik. Inilah politik!!
Dan menurut jangkaan aku, kalau anda tanya siapa yang akan menang, aku dengan konfident akan katakan Azmin akan menang.

Sebab kuasa politik Azmin cukup kuat semenjak beiau menjadi Menteri Besar Selangor lagi. Rafizi apa yang ada, kuasa politik pun tiada. Pada zaman sekarang, kau hebat macam mana pun, tapi kau tiada kuasa dan wang, kau duduk diam-diam ajer.!!

No comments: