REVIEW 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, August 17, 2018

REVIEW 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN

Semenjak Pakatan Harapan  mengambil alih kerajaan Malaysia dengan nama Malaysia Baru ini aku rasa semakin tertekan sangat. Nilai taraf hidup kami masih lagi di takuk yang lama. Manakala harga minyak masih lagi tak berubah terutama untuk Ron95. Skandal kes si Najib dah macam “YoY o” trend, kejap salah kejap tak salah. Pendek kata belum nampak impak besar perubahan dari  kerajaan lama ke kerajaan baru ini.

 

 

Malah tukaran wang asing kita main teruk iaitu 1USD bersamaan RM4.09. Kalau tengok graf ia menurun setiap bulan semenjak bulan April yang lalu. Ini trend yang kurang baik kerana aku nak melancong ke Vietnam pada bulan 10 ini, kalau macam ini, teruk aku nak bayar duit hotel dimana ia minta USD.

 


Manakala 10 manifesto PH yang aku lihat setakat ini yang berjaya hanyalah penghapusan GST dan menangguh pembayaran PTPTN. Manakala yang lain-lain masih lagi terumbang ambing bagaikan kapal nak karam.

 


Bila dikaji semua manifesto ini melibatkan kewangan dan sudah tentu manifesto ini walaupun ia mesra rakyat tetapi kerajaan akan mengalami kesusutan kewangan yang agak besar apabila melaksanakan manifesto ini. Terutama GST yang akan menyusutkan beratus-ratus juta sebulan kepada kerajaan!!!

 


Apabila ia melibatkan kewangan sudah tentu, kerajaan Malaysia Baru ini terpaksa berhati-hati dalam setiap belanjawan mereka. Lainlah kalau Malaysia mempunyai dana simpanan kewangan yang besar tetapi realitinya Malaysia berhutang hampir 1 trillion dolar. Ertinya kita tiada duit simpanan yang banyak.

Kalau orang meniaga pun takkan nak kasi bonus jika di bank ZERO RM.


 

Walau apapun janji tetap janji, sekali dah berjanji kita mesti tepati. 100 hari sudah tamat, disebabkan ada manifesto yang lain belum tercapai, kerajaan PH harus membuat satu tarikh yang lain pula. Kongsi dengan rakyat tarikh seterusnya untuk menilai manifesto PH. Anda mahu 100 hari lagi, baiklah kami akan berikan pada anda. Anda mahu 200 hari lagi, baiklah kami akan berikan pada anda.

 


Kami nak tahu tarikh baru bila manifesto ini akan dilaksanakan. Untuk aku biar lambat tapi mesti jadi dan kalau nak jadi ia mesti ada carta prestasi berdasarkan waktu. Bukannya mengatakan, kami tak mampu nak selesaikan 10 manifesto ini kerana kerajaan lalu memberikan keadaan kewangan yang teruk pada kami.


 

Itu kami tahu dan kami pun ada bantu melalui Tabung Harapan, Saya harap PH berikan satu tarikh lagi untuk kami melihat prestasi anda seterusnya. Barulah keyakinan rakyat akan bertambah, kami tak mahu macam dahulu, kerajaan BN buat manifesto tapi hampeh..


 

Walau pun bagaimanapun aku bersyukur sangat kerajaan Malaysia Baru ini mengambilalih negara kita ini. Pertama ialah negara kita tak tergadai pada China dan kedua kita dapat mengekang budaya rasuah atau duit kopi yang terlalu melampau dikalangan ahli politik. Itulah kerisauan aku. Dan PH adalah penyelamatnya.


 

Dibawah ini adalah progress 10 manisfesto yang dijanjikan oleh PH dan seperti yang aku katakana hanya 2 sahaja yang benar-benar berjaya. Aku harap Tun M dapat berikan satu lagi tarikh baru deadline untuk memastikan 10 manisfesto ini tercapai.

 

 

1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup denganpelbagai Inisiatif Peduli Rakyat.

Progres : Menteri Kewangan telah mengumumkan Kadar cukai GSTditurunkan dpd 6% kepada 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018. Ganti kepada cukai GST ialah SST mulai September 2018. Lain-lain Inisiatif Peduli Rakyat menyusul.


 

2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Progres : PM telah umumkan tiada kenaikan harga minyak meskipunharga pasaran dunia terus meningkat. Harga Ron 95 dan Diesel Kekal, manakala harga Ron 97 diapungkan mengikut harga pasaran.Subsidi Petrol secara bersasar akan diperkenalkan.


 

3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.


 

4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Progres : Perbincangan sudah dimulakan. 2% adalah diambil dpd11% Caruman KWSP Suami dan ditambah dengan RM50 dpd Kerajaan Harapan.(11% – 2% = 9% kekal dalam caruman KWSP Suami).

 


5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnyamemulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.


 

6.Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semuapeminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan danmemansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Progres : Menteri Pendidikan telah mengumumkan larangan,sekatan dan senarai hitam ke atas para peminjam ditarik balikserta merta. Semua diarahkan mula membayar pinjaman PTPTN apabila gaji mencecah RM4K. Walau bagaimanapun mereka yangterus membuat bayaran adalah dipuji.


 

7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja ▪1MDB, ▪Felda ▪Mara dan ▪Tabung Haji, serta merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Progres : Siasatan sudah bermula terhadap pelbagai SkandalBesar negara. Akan menetapkan tuduhan utk pendakwaan dantindakan2 selanjutnya. Rombakan struktur kepimpinan sedang berjalan.


 

8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera Menyemak dan Melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.


 

9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. (Pendapatan RM3,800 Ke Bawah)

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.


 

10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek yang dianugerahkan kepada negara asing.

Progres : Projek HSR dibatalkan dan rundingan sedang dibuat dengan Singapura. Projek ECRL dan Bandar Malaysia sedang dalam kajian terperinci mengenai pelbagai implikasi khususnya kewangan.


No comments: