VIDEO RESUME CARA TERBARU UNTUK PENCARI KERJA - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, August 20, 2018

VIDEO RESUME CARA TERBARU UNTUK PENCARI KERJA

VIDEO RESUME CARA TERBARU UNTUK PENCARI KERJA

Semua pelajar yangbaru tamat pengajian ingin mencari pekerjaan pastinya pernah membuat perkara asas ini iaitu membuat resume. Ada macam-macam bentuk penulisan resume yang kau orang masukkan malah dalam resume tu kau masukkan kan sekali kegiatan  sekolah rendah kau sekali...hehehehehe. Perkara biasa bagi pencari kerja yang baru habis belajar, sebab aku pun pernah buat juga. Almaklum ler belum ada pengalaman maka masukkan semua yang ada.

Manisnya pengalaman aku dulu mencari kerja. Manis ker?  Tapi kini teknologi semakin berubah. Teknik mencari kerja pun semakin berubah sedikit demi sedikit. Pelabagi media sosial pun ada buat aplikasi khas untuk pencari kerja ini. sebagai contoh ialah Linkedin.  Dan juga pelbagai laman sesawang pencari kerja yang disediakan seperti Jobstreet, Jobcart dan sebagainya.

Pendek kata tak susah nak cari kerja sekarang ini. Semuanya dihujung jari. Apa yang membezakan ialah kau ada kabel atau kroni..hahahaha. Acah jer...Yang bezanya ialah cara membuat resume. Resume yang power dan mengikut teknologi yang terkini. Apakah resume yang terkini? Resume yang terkini ialah ialah video resume!!!!

Percaya atau tak? Melalui video resume anda boleh dapat kerja. Inilah trend terkini yang sedang meningkat dan digunakan oleh pencari kerja. Kalau anda tidak mahu ketinggalan mahu tak mahu anda kena buat video tentang diri anda ler.  Dalam tu ceritalah tentang kehebatan kau, pengalaman kau, keupayaan kau, kepetahan kau bercakap dan pelbagai lagi.

Teknik membuat video resume ini kalau kau malas sangat upah budak kos komunikasi minta tolong ler. Dia orang bab-bab buat video ini pandai bangat.

Kelebihan video resume ini ialah:
a) Kamu boleh tunjukkan kekuatan diri kamu dan nilai kamu pada syarikat yang kamu minta kerja.
b) Kamu boleh fokus ap akehendak majikan pada kamu.
c) Tunjukkan skil komunikasi, keyakinan dan persembahan kamu.
d) Dapat yakinkan kepada majikan kenapa mereka perlu ambil kamu bekerja.
e) Paling bagus ialah majikan dapat melihat wajah anda dan keyakinan anda.

Bagaimana nak buat video resume kalau kau tak der kawan yang pandai, itu anda boleh lihat dan cari kat Pakcik Google ler. Aku pun bukan tahu sangat tentang nak buat benda ini. Aku old school dan masih ada kerja dan tak merancang nak cari kerja lain..hahahahaha.






No comments: