GAJI MINIMUM RM1050 KELAKAR? - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, September 7, 2018

GAJI MINIMUM RM1050 KELAKAR?

GAJI MINIMUM RM1050 KELAKAR?

Pada beberapa hari yang lepas, kerajaan Malaysia baru ada mengumumkan kadar gaji seragam bagi seluruh negara iaitu RM1050.

Berita gembira buat pekerja swasta dalam masa 2 tahun semenjak tahun 2016 kerajaan mengumumkan gaji minimum Semenanjung RM1000 manakala Sabah/Sarawak/ Labuan RM920.
Kenaikan RM50 kepada pekerja swasta Semenanjung dan RM130 untuk pekerja swasta Sabah/ Sarawak/ Labuan yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 nanti. Dimana  gaji seragam RM1050 akan dilaksanakan nanti.

Kerajaan Malaysia Baru tidak mahu menaikkan gaji minimum RM1500 sekaligus kepada pekerja swasta seperti yang diperjuangkan dalam manifesto Pakatan Harapan kerana kenaikan mendadak akan memberi impak kepada majikan nanti. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi Malaysia yang belum stabil. Alasan yang kami boleh terima.

Kedua kenaikan gaji minimum ini akan dilaksanakan secara berkala dalam mereleasasikan janji  manifesto Pakatan Harapan serta mengurangkan beban majikan. Alasan yang boleh diterima.
Ketiga ialah keadaan kewangan negara yang tidak begitu baik dimana kerajaan kekurangan wang menyebabkan manifesto Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan. Alasan yang boleh diterima.
Tapi yang kelakarnya ialah kenaikan hanya RM50 khususnya pada pekerja swasta Sememanjung membuat aku ketawa berdekah-dekah tanpa henti.  Apa nilainya RM50 pada setiap bulan?

Apabila melihat pelaksanaan gaji minimum RM1050 ini aku mengandaikan pegawai-pegawai yang membuat keputusan ini. Melakukannya atas dasar janji naik daripada tak naik langsung. Sebab gaji minimum Pakatan ialah RM1500, kalau kerajaan Malaysia Baru ini tak penuhi manifesto mereka, mesti kecoh punya.

So aku rasa, setelah mereka bincang, maka semua setuju kasi naik RM50 buat sementara untuk menutup mulut suara-suara halus yang akan mengutip hutang janji manifesto Pakatan Harapan tempoh hari pada PRU ke 14 lalu.

Lepas tu janji ler akan kasi kenaikan berkala. Buat sementara ini, boleh ler kerajaan Malaysia Baru ini berehat kejap dari isu gaji minimum untuksetahun hingga 2020.
Ini pendapat aku. Untuk aku janji tetap janji. Setiap manifesto atau janji yang dibuat pasti ia mempunyai perancangan dan penyelidikan yang dilakukan. Kalau tak, takkan Pakatan Harapan berani membuat manifesto sedemikian.

Manifesto Pakatan Harapan adalah harapan rakyat. Rakyat mengundi kerana manifesto yang dijanjikan oleh parti politik. Dimana manifesto yang memberi impak positif kepada rakyat, pasti rakyat akan menyokong parti tersebut.

Tetapi jika kerajaan asik memberi alasan, boring juga kita dibuatnya
Untuk aku yang berjaya setakat ini ialah pemansuhan GST  dan diganti dengan  SST. Yang lain- lain semua tak menjadi. 

Jika ditanya pada aku, kenaikan gaji mendadak RM1500 pun aku tak setuju. Kalau ditanya aku jika tol dimansuhkan pun aku tak.setuju. Jika ditanya pada aku GST dimansuhkan terlalu awal pun aku tak setuju. Sebab negara kita banyak hutang. Itu jika kau tanya aku dari sudut ekonomi.
Tapi jika kau tanya aku dari sudut politik. Aku membangkang semua manifesto yang gagal dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. Janji tetap janji. Kalau anda gagal laksanakan manifesto anda maka anda sama seperti kerajaan yang lama. Janji palsu. 

Sepatutnya manifesto ini ialah air muka setiap parti. Kegagalan melaksanakannya maka anda gagal dalam memperjuangkan perjuangan kau sendiri. Malu ler beb.

No comments: