MELANCONG 2 HARI 1 MALAM DI HATYAI - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, September 2, 2018

MELANCONG 2 HARI 1 MALAM DI HATYAI

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Pada hari kemerdekaan Malaysia tempoh hari aku dan 2 orang rakan telah membuat perancangan secara tiba-tiba dimana kami merancang pelancongan 2 hari 1 malam ke Hatyai dengan menaiki kereta dari Melaka ke Bukit Kayu Hitam. Persiapan awal telah dilakukan sebelum bergerak ke Hatyai dimana perbincangan kos, tempat tinggal dan kawasan pelancongan yang kami nak pergi.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI Kami bergerak seawal pukul 9.30 malam dari Melaka dan tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 6.30am. Sebelum itu di Changlon kami telah membeli insuran kereta dengan harga RM33. Kalau nak masuk ke Thailand guna kereta terpaksa beli insuran kereta. Senang sahaja nak beli, pastikan anda ada membawa geran original. Kalau geran original tak der, pastikan ia dicop di balai polis Malaysia. Nak senang bawa geran original!!


Kemudian setelah selesai pembelian insuran kami terus beratur dengan kereta di imigresen Malaysia.Memang ramai ler sebab kan cuti umum. Setelah selesai dengan imigresen Malaysia kami beratur pula di pintu masuk imigresen Thailand.  Setelah semuanya selesai kami sudah berada di Danok iaitu sempadan Malaysia/ Thailand.
Nak tahu kepayahan  imigresen Thailand—baca ini
Kami terus ke Hatyai yang memakan masa selama 1 jam sahaja menggunakan Google Map. Untuk pengetahuan kami berada di Danok pada pukul 9am dan tiba di Hatyai pada pukul 10.30am.

Tempat pertama kami pergi ialah KWONG YIN MARKET iaitu sebuah tempat yang menjual buah-buahan dan makanan jeruk.  Kalau di Penang ia macam di Chowrista Road , macam tu ler.  Kesusahan pertama ialah nak cari parking kerana ia terletak di tengah-tengah bandar Hatyai. Berposak juga member aku cari parking.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI
Disebabkan makanan kat sana eksotik memang mahal sangat ler. Ditambah bini aku pula pilih makanan seperti sotong dan gajus. Sotong kering setengah kilo ialah 250 bath (RM30) dan gajus setengah kilo ialah 400 bath ( RM 50). Memang cukup mahal ler. Habis RM100 dalam masa 10 minit… Tapi yang lain-lain murah ler, sebagai contoh buah berangan 1kilo dalam 100 bath ( RM12.72). Kalau kamu ke KWONG YIN MARKET pilih makanan kena pandai, Dan kalau nak sangat rasa, beli le dalam 200 gram cukuplah.
Manakala buah-buahan pula, member aku beli anggur cenonet ( kecik jer)  tapi banyak ler, itupun dalam 100 bath. Murah sebab sampai balik Melaka pun tak habis-habis makan.

Disana pun ada gerai-gerai minum air muslim, tak susah kalau nak makan di Kwong Yin Market. Selain itu di Kwong Yin Market kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu so tak susah.  Ada duit borong semua makanan jeruk di Kwong Yin Market, kami jantan mana ler tahu nak beli apa. Kalau bini kau ada masak kocek aku…hahahaha.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Tempat kedua kami pergi ialah DIM SUM CHABURA. Sebuah rsetoran paling popukar di kalangan rakyat Malaysia iaitu sebuah restoran ala-ala makanan Jepun. Mula-mula kami sampai tempat duduk penuh dan semuanya rakyat Malaysia. Ramai jugak rakyat Malaysia datang ke Thailand tapi kebanyakannya  aku lihat pompuan dan student kot.
Nak makan macam mana aku pun tak tahu, rupanya pilih mana-mana lauk seperti ikan, tauhu dan pelbagai lagi letak kat dulang yang disediakan. Jangan lupa amik sekali kuih pau juga. Sebelum amik makanan kat sana, jangan lupa amik no giliran kalau tak ia tak tahu nak hantar kat mana.

So member aku pilih dalam 6 jenis dim sum tapi semuanya kali 2 sebab kecil jer makanan tu. Kuih pau kai pilih dua juga. Setelah hantar makanan ke tempat proses, kami pun lepak tunggu DIM SUM CHABURA  dan sementara menunggu aku dan members aku order Nasi  Goreng Tomyam. Setelah makan nasi goreng tomyam, selang beberapa minit DIM SUM CHABURA  kami pun tiba. Rupanya semua makanan yang kami pilih tu diletakkan di dalam bekas kayu dan dikukuskan. Setiap pilihan kami dalam bekas kayu tersebut maka nampak macam banyak kat meja kami.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Menyesal makan nasi goreng tomyam sebab dah kenyang sangat dan ditambah DIM SUM CHABURA lagi. Memamag terbaik dan aku cadangkan kalau anda ke sana makan sahaja DIM SUM CHABURA  dan jangan makan apa-apa sebab memang banyak pilihan anda. Cuma anda tambah kuih pau lebih sikit ler atau lauk-lauk lain.

Setelah makan, bil yang dikenakan ialah 490 bath atau dalam  RM60 ringgit termasuk air dan nasi goreng tomyam. Tapi kami buat bodoh sahaja suruh member sorang lagi tu bayar. Yalah, dia ajak kami dia kena bayar ler….

Dalam pukul 1230pm kami balik ke hotel kami.Boleh baca apa yag berlaku dalam THE SMART HOTEL

Dalam pukul 3.15 pm kami pun keluar dan menuju ke KLONG HAE FLOATING MARKET yang dibuka setiap hari pada pukul 3pm. Oleh itu jangan kau mengatal nak datang awal-awal ke sana. Datang dalam pukul 4pm memang cantik ler..

Untuk aku KLONG HAE FLOATING MARKET merupakan sebuah syurga makanan lagi..huhuhuhu. Makan jer kerja aku. Dimana makanan di jual dalam perahu dan pelanggan akan order makanan yang disediakan. Cuma masa tu aku tak larat sangat sebab baru lepas makan DIM SUM CHABURA.  Pelbagai makanan yang dijual yang tak pernah kamu lihat dan rata-ratanya memang sedap. Jangan risau sebab penjualnya Muslim.  Jika kamu ke KLONG HAE FLOATING MARKET memang wajib kamu kena rasa makanan di sana kalau tak kamu dalam kerugian. Serius ini. Aku ada beli air kelapa masukkan dalam bekas yang comel siap ada bunga lagi itu pun harganya baru 30 bath. Murah !!!


Selain itu di KLONG HAE FLOATING MARKET ini juga di bahagian atas ada juga jual makanan dan minuman  kalau kamu nak santa-santai. Selain itu kamu boleh ambil kesempatan membeli ole-ole magnet dan keychain di sini. Aku juga cadangkan kau beli ole-ole di sini sebab memang sukar nak cari kedai cenderamata di Hatyai ini. Aku beli keychain sebab anak aku minat keychain. Selain itu aku beli juga magnet sebab ia kegemaran isteri aku. Aku pula beli topi sebab kalau aku melancong aku mesti beli satu sebagai kenangan.
Magnet kalau beli 3 berjumlah 100 bath dan topi pun harga 100 bath. Berbaloi ler dan aku habiskan 500 bath beli ole-ole termasuk topi.

Kami habiskan masa yang agak lama di KLONG HAE FLOATING MARKET ini. Dan juga sepanjang perjalanan pulang, kiri kanan ada juga gerai jual makanan dan ole-ole. Member aku sorang ini ada anak kecik siap beli kasut anyaman lagi. Nice!!

Setelah selesai di KLONG HAE FLOATING MARKET kami ke SAMILA BEACH  nak lihat ikan duyung tapi hari sudah agak malam. Tapi kami redah jugak kesana. Agak jauh juga perjalanan ke sana memakan masa dalam 30 minit. Rupanya SAMILA BEACH bukan terletak di Hatyai tapi di Songkhla seba tu ia agak jauh sikit. Pantai di SAMILA BEACH ini memang cantik dan luas.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Aku tak sempat nak ambil gambar batu ikan duyung yang merupakan ikon di SAMILA BEACH sebab ramai yang bergambar di sana. Aku lihat sahaja ler betap loratnya manusia ini nak bergambar dengan ikan duyung..hahahaha. Kami meluangkan masa yang sekejap di sana kerana dah malam. Sebenarnya kami sepatutnya ke SAMILA BEACH tengahari tadi tapi kami membuang masa menunggu di hotel.  Dari SAMILA BEACH  kami terus ke KLONG HAE FLOATING MARKET. Itu kesilapan plan kami.


Dalam perjalanan pulang kami pergi makan malam di CHEKKAR RESTAURANT  iaitu restoran tomyam yang popuar di kalangan rakyat Malaysia. Memang meletup masakan mereka, sup lembu punyalah pedas sampai ternganga mulut. Belum lagi sambal udang, sayur campur, telur dadar, lauk daging paprik semuanya sedap-sedap. Tokey dia siap datang lagi tanya macam mana makanan di sini. Aku kata maveles!!!

Aku cadangkan kalau anda nak makan makanan Tomyam terbaik datang lah ke CHEKKAR RESTAURANT, anda akan merasa nikmat kesedapan dan kekenyangan serta layanan terbaik dari mereka. Makan semua kena 860 bath (RM109), yang ini aku dan member sorang lagi bayar sebab tadikan mamat sorang lagi dah bayar DIM SUM CHABURA. Ia mahal sebab semua lauk dia buat untuk 3 orang. Kami ingatkan lauk yang kami order tu untuk sorang sebab tu kami order banyak makanan. Amik kau bila sampai semua lauk dan telur untuk 3 orang makan. Apalagi ketat ler perut kau malam ni. Kalau kamu ke CHEKKAR RESTAURANT lebih baik order sendiri-sendiri, jangan order pukal macam kami..Amik kau kena RM109..

Malam tu kami terus balik dan tidur ke hotel. Kami tak singgah ke NIGHT MARKET DI Festival Mall berdekatan hotel kami sebab kami dah kekenyangan dan kepenatan.  Kami bangun tidur dalam pukul 8.30am dan check out dalam 9.15am.

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Ingatkan sebelum balik kami nak singgah kuil 4 muka Buddha, berposak juga cari tapi bila jumpa rupanya patung kecil dengan 4 muka budhha. Hawau tuiii!!! Lalu kami pun tukar plan nak pergi kuil WAT YAN NE tapi bila masuk kawasan itu kami nampak ini kawasan muslim sebab ada masjid. Kami singgah masjid sekejap dan terus pergi warung yang berdekatan dan makan makanan di sana. Memamg rare dapat makan kat kampung Thailand..hahahaha. Kami makan memang cukup kenyang sebab beum sarapan lagi hanya kena 160 bath (RM20).

Setelah makan kami malas pula nak singgah lihat kuil Buddha mungkin sudah dapat kesedaran singgah masjid tadi kot…hahahahaha. Kami terus balik ke Danok untuk pulang ke Melaka. Sebelum kami keluar dari imigresen kami sempat makan Pulut Mangga di Danok.
Kami keluar dari Thailand dalam pukul 1240pm dan sampai Melaka pukul 11.00pm sebab jalan jammed ler.. Total KM perjalanan kami ialah 1477km

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI

Kesimpulannya, pelancongan 2 hari 1 malam di Hatyai memang cukup tapi anda kena habiskan satu hari perjalanan dari pagi kemalam.
Dalam masa satu hari kalau anda plan dengan betul anda boleh pergi :

1. KWONG YIN MARKET
2. DIM SUM CHABURA
3. SAMILA BEACH
4. KLONG HAE FLOATING MARKET
5. CHEKKAR RESTAURANT ( optional- kalau anda ke night market tak payah)
6. NIGHT MARKET
7. WAT YAN NE ( Sebelum balik boleh singgah jap)



Dan pastikan esoknya jangan kerja, dapat rehat satu hari kat rumah sebab kamu dah penat memandu. Tapi hari ini aku kerja pula..huhuhuhuhu.


MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI
Minum air kelapa dalam  cawan comel  di Floating Market

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI
Termenung nak makan nasi goreng tomyam kat Dim Sum Chubara

MELANCONG 2 HARI 1  MALAM DI HATYAI
Kwong Yin Market. Muka terik sebab panas beb!!



No comments: