PEMBUNUH KUCING SEMAKIN BERLELUASA DI MALAYSIA - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Saturday, September 15, 2018

PEMBUNUH KUCING SEMAKIN BERLELUASA DI MALAYSIA

PEMBUNUH KUCING SEMAKIN BERLELUASA DI MALAYSIA
Tempoh hari kecoh tentang tindakan 2 orang lelaki memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering kedai dobi dan menutup pintu mesin pengering tersebut.
Akibat dari perbuatan mereka ini telah menyebabkan kucing tersebut mati. Dalam erti kata lain kucing tersebut mati dalam keadaan terseksa akibat kepanasan serta kurang oksigen kerana mesin pengering tersebut kedap udara.

Kejamnya perbuatan mereka ni. Akhirnya mereka telah berjaya diberkas polis. Tak pasal- pasal masuk lokap sebab membunuh kucing. Dan paling dahsyat kena cacian dari netizen di media sosial. Popular jap brader pembunuh kucing ini.

Selain itu terdapat beberapa kes seperti menyepak kucing . Kucing di siram dengan air panas kerap kita dengar.
Aku terfikir apakah nilai kemanusiaan didunia ini sekarang. Adakah sudah begitu rendah hingga sanggup menganiaya binatang

Aku pun ada kes kucing liar yang sering memberak depan rumah aku tapi belum lagi aku aniaya binatang tersebut. Paling teruk aku baling dengan selipar tapi tak kena ler. Kedua aku tembak dengan getah air paip. Mencicit dia lari kena air..hihihi.

Itulah tahap kejahatan aku pada binatang. Tapi untuk membunuh secara sengaja belum pernah lagi.
Pandangan aku, kes pembunuh kucing dobi mesti ada sebabnya. Mungkin kucing tersebut tidur kat baju dia ker..atau kencing bakul baju dia ker. Atau apa sahaja yang buat dia marah hingga masukkan kucing tersebut dalam mesin pengering dobi.

Dia mungkin berfikir kucing tersebut takkan mati kalau masuk dalam mesin tersebut sebagai tanda hendak mengajar atau geram kat kucing tersebut.

Tapi kucing tu mati. Menandakan mamat tersebut kurang ilmu. Melakukan sesuatu tanpa berfikir.
Kedua, sikap mamat tersebut hati tidak baik. Kita andaikan kucing tersebut tidak mati dan berjaya lepaskan diri. Sudah tentu kucing tersebut akan meninggalkan bulu dalam mesin pengering tersebut.  Bila pengguna kain gunakan mesin pengering tersebut, bulu kucing tersebut akan melekat pada baju pengguna tersebut. Nak jadikan cerita, pengguna tersebut alergic kucing. Tak pasal- pasal dia kena demam kucing.

Root cause sebab mamat bahalul ni.  Kurang ilmu, bodoh dan kejam. Satu campuran terbaik untuk mencipta manusia akhir zaman..hihihi.

Bila difikirkan, kelakau plak kena tangkap pasal bunuh kucing. Dan juga boleh didakwa merosakkan harta pihak lain dengan sengaja.




No comments: