GRAB ADALAH PEMUSNAH PEMANDU TEKSI YANG SOMBONG - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, October 24, 2018

GRAB ADALAH PEMUSNAH PEMANDU TEKSI YANG SOMBONG

GRAB ADALAH PEMUSNAH PEMANDU TEKSI YANG SOMBONG

Kecoh baru-baru ini di Langkawi apabila Tun Mahathir telah dimaki oleh segelintir pemandu teksi semasa mesyuarat masalah pemandu teksi yang tersepit pendapatan mereka setelah munculnya perkhidmatan e-hailing GRAB.

Mereka merasakan Tun Mahathir seolah-olah tidak menyokong mereka dan kononnya menyokong perkhidmatan GRAB. Rasanya tak perlu aku jelaskan apa itu GRAB kerana semua masyarakat dunia tahu apa itu GRAB.

Ya aku akui GRAB adalah masalah utama menjejaskan pendapatan pemandu teksi kerana ia telah menggantikan secara meluas pemandu teksi ini. Aku semasa di Vietnam pun aku menggunakan perkhidmatan GRAB untuk ulang alik.

Apabila bercerita tentang masalah pemandu teksi Malaysia ini yang tengah berperang dengan GRAB. Apa kata kita lihat sejarah pemandu teksi di Malaysia sebelum kemunculan GRAB. Aku tanya pendapat anda secara jujur. Apa pengalaman terbaik anda dengan pemandu teksi.


Dahulu kecoh apabila pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter teksi kerana mahu menipu pelanggan mendapat sewa teksi yang lebih. Berkali-kali penguatkuasaan dan aduan dilakukan tapi mereka masih berdegil.


Selain itu keadaan teksi yang lusuh dan tidak terjaga merupakan pemasalahan dalam industri teksi Malaysia. Teksi lama masih digunakan dan ada yang berumur hingga melebihi 20 tahun. Siapa nak naik?


Sikap dan kekemasan pemandu teksi juga selalu dipertikaikan. Rata-rata pemandu teksi ini adalah kasar dan tidak mesra pelanggan. Dahulu kita terpaksa melayan karenah pemnadu teksi sebab kita tiada pilihan.

Sebaliknya dengan GRAB dimana pemandu GRAB haruslah mempunyai kereta bawah 5 tahun dan maklumat peribadi mereka haruslah di kemaskini kepada syarikat GRAB. Maka kepercayaan keselamatan kita pada GRAB agak tinggi dan yang penting kereta baru dan selesa.


Walau  bagaimanapun, samada anda pemandu teksi atau GRAB, keputusan akhir adalah dari pengguna. Kalau pengguna nak guna teksi maka ia akan guna teksi dan jika mereka mahu gunakan GRAB maka mereka akan gunakan GRAB. Terpulang pada masyarakat.


Dan semua tahu masyarakat memilih GRAB maka mana boleh nak salahkan GRAB dan kerajaan. Pemandu teksi sepatutnya melihat diri mereka sendiri sebelum menuding jari kepada pihak lain. Jika anda selama ini memberi perkhidmatan terbaik maka masyarakat akan kekal dengan perkhidmatan teksi.  Kini teksi pun ada aplikasi My Teksi maka pengguna mempunyai pilhan dari segi online.

Ini kerana dahulu pemandu teksi amat sombong, dan apabila penambahanbaikan hendak dilakukan macam-macam kamu kecoh. Bila dah ada GRAB  baru anda tahu balasan pada orang yang sombong.
Lihat sahaja bagamana perangai kamu mencemuh Perdana Menteri yang cuba nak selesaikan masalah kamu. Macam kata YB di Melaka,  sikap kamu tu macam sikap tak ada pendidikan...hehehehe.


Kepada semua pemandu teksi, jika nak bersaing dengan GRAB pertama kamu harus berubah dan jadi lagi baik dari GRAB. Bukannya melolong macam zaman 40an, ini zaman teknologi ler.  Menyampah lak aku tengok perangai kau orang sejak kau orang marah Tun Mahathir. Bukan kerana aku sokong sangat Tun M tapi ini menjelaskan justifikasi aku, pemandu teksi kurang sopan dan tiada diplomasi. Menang susah nak bincang dengan anda semua, anda sahaja betul dan orang lain salah.

JIka anda semua kekalkan sikap anda macam ini. Takkan ada penyelesaian sampa bila-bila.




No comments: