Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, October 12, 2018

Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

Tamat sudah aktiviti melancong ke Vietnam, 5 hari 4 malam memang awesome. Ini kali pertama kali kami sini dan agak kelam kabut dari beberapa segi seperti pemilihan hotel, harga barangan Vietnam serta beberapa hal yang perlu kamu ketahui semuanya ada disini.

Hari Pertama di Vietnam - sila klik untuk baca detail

Hari Pertama kami datang awal ke Vietnam dalam pukul 8.15am ( kalau di Malaysia 9.15am)
Kami berjalan melihat bangunan seperti OLD POST OFFICE, OPERA HOUSE VIETNAM, MUZIUM PERANG, DATARAN HO CHI MINH serta makan tengahari disediakan oleh pemandu pelancong.

Untuk pengetahuan pemandu kami sediakan semua tiket dan 3 kali makan tengahari dengan jumlah RM400 seorang. Semuanya adalah personal tour tanpa campur dengan orang luar hanya kami berlima.
Sila baca intineri kami - Klik Disini

Hari Kedua di Vietnam - sila klik untuk baca detail

Hari kedua kami meneruskan Aktiviti ke Sungai Mekong, aktivti wajib jika kesana iaitu melihat pembuatan produk dari kelapa, pembelaan lebih madu, dengar nyanyian gadis Vietnam, paling dinanti menaiki sampan yang mendebarkan dan menaiki kereta kuda. Disana juga ada jual beg kulit original yang murah.

Selain itu kami singgah dua kedai membeli belah tudung khas untuk wanita...hehehe. Makanan tengahari juga disediakan.


Hari Ketiga di Vietnam - klik sini untuk detail

Hari ketiga kami meneruskan aktiviti ke Chu Chi Tunnel iaitu kawasan tinggalan peperangan Vietnam dahulu dimana terowong terkenal mereka sepanjang 500 kilometer serta mereka tunjukkan perangkap samar Vietnam. Kamu juga boleh menembak dengan bayaran serendah 60ribu dong untuk satu peluru.

Kemudian kami pergi membeli belah lagi, kali ini ke Linda Wholeseller iaitu menjual Baju Kurung serta baju Melayu. Makanan tengahari juga disediakan.

Hari Keempat Di Vietnam - sila klik sini untuk detail
Hari keempat ialah free and easy iaitu aktiviti bebas , kami meluangkan masa membeli belah di Pasar Ben Thant serta pasar malam di Kampung Melayu serta kawasan sekitarnya.
Sila baca pengalaman pahit membeli belah di Pasar Ben Thant.


Hari Kelima Di Vietnam - sila baca detail
Hari terakhir kami disini dan last minute shopping.


Buat pelancong pertama kali melancong ke Vietnam banyak sisi gelap yang kamu harus perhatikan. Kami menghadapi beberapa masalah tetapi semuanya dipermudahkan. Amin

Tips Melancong Ke Vietnam-- sil baca detailed.
1. Hati-hati booking hotel on line - aku kena tipu
2. Makanan Mahal
3. Jangan Naik Beca Atau Polish Kasut Atau Makan Kacang Rebus
4. Jangan Pegang Barang Kalau Tak Beli
5. Scam Oleh Pemandu Teksi
6. Pastikan Bagasi Di Beli Dengan Secukupnya - aku beli 20 kg tak cukup..


Selain itu pemilihan PEMANDU PELANCONG VIETNAM juga mat penting, ramai yang fasih berbahasa Melayu dan juga Islam. Pilihlah yang sesuai dan mudah untuk anda. Klik link saya jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka.


Selain itu pemilihan hotel juga amat penting, aku kerugian melebihi RM500 untuk berpindah ke hotel lain gara-gara tidak membuat penyelidikan yang betul. Boleh baca artikel aku mengenai luahan perasaaan aku ,,,hahahaha.
1. HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN
2. ALAGON WESTERN HOTEL VIETNAM - pilihan terbaik untuk anda

Kesimpulannya Vietnam adalah syurga membeli belah untuk WANITA...hahahhahaa.


No comments: