PEROKOK MALAYSIA DI ANAK TIRI - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, October 31, 2018

PEROKOK MALAYSIA DI ANAK TIRI


Beberapa tahun yang lalu Kementerian Kesihatan ada mengeluarkan 25 Tempat Larangan Merokok seperti gambar di atas.  Tujuan tempat larangan merook ini adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat yang tidak merokok.


 

Sekali lagi pada tahun ini kerajaan mengumumkan efektif pada 1 Januari 2019 ada penambahan Kawasan Larangan Merokok di restoran dan premis makanan gerai dan warung makanan di tepi jalan. Ini sudah melampau dan menganiaya perokok seperti kami. Tujuan sama juga untuk menjaga kebajikan masyarakat yang tidak merokok.

 

Jika gagal patuhi atau melanggar maka anda boleh dedenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.



Gila !!! hanya kerana merokok kau boleh kena penjara dan denda RM10,000.  Adakah ini namanya hak asasi manusia secara adil dan tidak ada double standard terhadap rakyat yang sama-sama membangunkan negara tetapi kesalahannya hanya menghisap rokok maka mereka  di anaktiri kan.


 

Aku tak kisah tentang pengawalan Kawasan Larangan Merokok tetapi sampai gerai tepi jalan pun tak boleh merokok itu agak melampau. Aku setuju kawasan restoran berhawa dingin tidak boleh merokok sebab untuk aku  bau rokok tersebut tetap berlegar dalam restoran tersebut dan ia akan memberi bau yang kurang enak pada semua pelanggan.

 


Tetapi sampai gerai tepi jalan kena fikirkan semula kerana ada perokok yang suka lepak kat gerai makan roti canai sambil pekena rokok sebatang dua. Lagi pun ia kawasan terbuka. Inilah budaya Malaysia.



Jangan terlalu ekstrem dalam mengurangkan kadar perokok dinegara ni. Bukan ini caranya dalam mengurangkan perokok Malaysia. Sepatutnya pendidikan awal harus diterapkan bagaimana mengawal perokok baru.



Kau naikkan harga rokok. Bersepah rokok tidak sah dipasaran. Adakah itu cara pengawalan yang baik.



Kau halang orang merokok kat gerai terbuka, nanti mesti viral di FB atau Ins, masyarakat protes bila kau menguatkuasakan benda ni. Kau ingat mampu penguatkuasa nak periksa semua gerai jalanan.



Penguatkuasaan 25 kawasan larangan pun gagal dilaksanakan. Ini pula tambahan kerja yang terpaksa dilakukan.



Aku tahu kuasa larangan baru ni akan gagal sebab ia sukar dilaksanakan tapi kelakau kenapa perlu buat undang- undang ini.



Aku bukan menghalang penambaikan sesuatu perkara tetapi janganlah terlalu ekstrem hingga masyarakat menyampah.



Walau apapun undang- undang tetap kena ikuti. Kita tak boleh melangkau undang- undang demi kebaikan dan kesejahteraan negara. Itu prinsip aku walau aku tak setuju.



Namun aku tak sabar nak tengok, adakah ia akan berjaya mengawal perokok seperti kami merokok di gerai.  Adakah undang- undang ini akan menjadi gajah putih atau gimik politik Menteri baru..hehehehehe.



Jika ada sesiapa membaca artikel ini selepas 1 Januari tolong feedback ngan aku. Ada tak rakan- rakan anda kena saman di gerai terbuka kerana merokok.


No comments: