Sistem Penguatkuasaan Malaysia Lemah - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, October 26, 2018

Sistem Penguatkuasaan Malaysia Lemah


Aku dah lama nak tulis artikel ni. Dan baru- baru ni apabila tanah runtuh berlaku di Cameron Highland dan beberapa siri tanah runtuh di tapak pembinaan membuat aku terdetik untuk menulis di sini.


Malaysia memang terkenal dengan bermacam isu kemalangan yang berulang- ulang. Sebagai contoh tanah runtuh di Cameron Highland dikatakan berpunca dari penerokaan dan pembangunan yang tak terkawal. Padahal beberapa tahun yang lalu penyiasatan besar- besaran telah dilakukan dan beberapa pusat penerokaan kebun baru telah dirobohkan. Namun tahun ini ia berulang lagi dan pusat penerokaan yang dimusnahkan beroperasi semula.


Lepas itu mulalah aktiviti menuding jari berlaku dan ramai nak jadi hero. Haramkan pembukaan lesen baru dan pelbagai lagi. Ini semua lakonan semula yang malas aku nak  dengar. Lakonan pula di lakonkan oleh pegawai yang berkedudukan tinggi ke atas.


Sebenarnya masalah utama Malaysia ialah satu sahaja iaitu penguatkuasaan kita terlalu lemah. Aku pun tak pasti punca kenapa lemah bila bab penguatkuasaan atau pemeriksaan berkala.


Aku sampai trauma nak naik sesuatu mesin yang memerlukan pemeriksaan berkala. Sebagai contoh di Melaka ada keretapi untuk bawa pelancong. Aku sampai bila- bila pun tak akan naik sebab aku tahu Malaysia ni kalau beli barang pakai sampai rosak atau ia terjatuh. Tak akan ada pemeriksaan berkala atau penguatkuasaan untuk melihat jentera itu selamat atau tidak. Itu Malaysia stail..


Jangan kata aku nak burukkan sikap orang Malaysia ni tapi aku rasa ni adalah kenyataan pahit yang harus kita telan.  Berbanding di negara Jepun atau Eropah, penguatkuasaan dilakukan mengikut jadual dan tiada kompromi demi keselamatan rakyat dan negara.


Malaysia hanya akan ikut dengan betul pemeriksaan atau penguatkuasaan jika ada satu standard yang lebih besar mengawal mereka. Sebagai contoh standard dunia ISO9001, ISO 14001 atau OHSAS yang wajib kita buat untuk kekalkan intigriti pada dunia maka baru kita buat. Kalau nak buat sendiri, mampuih takkan buat.


Nasib baik Petronas tu ada sistem dunia standard untuk pemeriksaan audit operasi mereka. Kalau tak aku rasa dah lama meletup tempat simpanan minyak Petronas. Dan kalau tak meletup, bocor tangki simpanan tu normal ler.


Bila rakyat Malaysia nak ubah minda utk menambaik penguatkuasaan atau pemeriksaan berkala, aku pun tak tahu. Terutama agensi kerajaan berkaitan yang tak berkait dengan standard dunia. Bergerak ler!!!


Macam tanah runtuh aku rasa tak der standard dunia yang mewajibkan repot audit dari pejabat tanah dan saliran. Maka sampai bila-bila pun macam ni. Tak caya kita tunggu tanah runtuh lagi di Cameron Highland. Aku dah masak sangat sikap penguatkuasaan Malaysia ni. 


Maka, kembalikan kepercayaan kami kepada anda hai penguatkuasa. Jangan bertepik bila berlaku masalah. Sepatutnya ia di atasi jika ada penguatkuasaan yang baik. Tanya diri anda..

No comments: