TEAM BUILDING SUNPOWER CREW E 2018 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, October 25, 2018

TEAM BUILDING SUNPOWER CREW E 2018


Pada 24 Oct 2018, shift kami iaitu Crew E Sunpower FE2 Malaysia ada membuat acara team building iaitu acara tahunan yang pihak kilang berikan kepada semua pekerja setiap tahun untuk menganjurkan aktiviti bersama.

Tahun ini kami membuat makan malam dengan tajuk Beach Dinner Party yang mempunyai pelbagai acara seperti cabutan bertuah, hadiah misteri, pertandingan karaoke dan king.queen. Tidak dilupakan juga pertandingan karaoke.

Inilah pertama kali Crew E Sunpower FE2 membuiat acara sedemikian dan tak salah aku katakan inilah yang pertama ia buat oleh sebuah shift. Makan malam kami seolah sebuah annual dinner dengan budget yang ditetapkan.

Sebuah majlis yang lengkap dengan hos dan "dinner serve" hampir sahaja melengkapkan malam kami. Makan malam kami bertema Beach Dinner Party berjalan dengan baik dan semua pihak berpuas hati.

Lokasi kami ialah di restoran yang damai iaitu Bert Garden yang menyajikan makanan yang sedap, satu lagi kelebihan kami pada malam itu. Syukur alhamdulilah. Semua pihak kenyang dengan makanan yang sedap  dan ia jarang terjadi kalau makan-makan macam ni, mengikut pengalaman aku ..hahahahaha.

Hampir 2 bulan kami membuat persiapan awal dan semuanya dipermudahkan. Dan cabaran terbesar  membuat majlis seperti ini ialah  pada hari kejadian. Perancangan awal memang hebat tapi pada hari tersebut itulah cabaran yang terhebat. Ini perkara biasa apabila membuat sesuatu majlis, tapi sekali lagi ahli jawatan kuasa harus memainkan peranan yang pantas dan aku bertuah mempunyai AJK yang baik...

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa kami yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Betul kata kawan aku , Team Work Makes Dream Work. Kerjasama akan menghasilkan keputusan yang baik!!!


Nak lihat majlis kami boleh KLIK di Sini : KLIK LER





TEAM BUILDING SUNPOWER CREW E  2018


TEAM BUILDING SUNPOWER CREW E  2018

TEAM BUILDING SUNPOWER CREW E  2018


No comments: