E- BOOK ATAU BUKU TEKS? - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Thursday, November 8, 2018

E- BOOK ATAU BUKU TEKS?

Tempoh hari Menteri Pendidikan kita ada mengumumkan ingin memperkenalkan e-book di sekolah menggantikan sistem tradisional manual menggunakan buku teks.


Pelbagai reaksi yang diterima oleh rakyat. Ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya. Tetapi untuk aku ada pro dan kontranya. Dan secara peribadi aku lebih meminati sistem manual. Kenapa?


Adakah aku ni 'old school'  yang tak boleh move on dan degil ingin mengekalkan sistem lapuk ni. Bukan!!! Untuk aku sistem pembelajaran haruslah secara manual. Fokus pembelajaran sepatutnya berdasarkan buku teks bukannya melalui sistem digital. Jika kau sekadar membaca, aku setuju sistem e-book amat bersesuaian.


Tetapi jika kau mahu belajar, gunakan buku teks adalah paling baik. Kerana melalui buku teks, pelajar lebih dekat dengan ilmu tersebut. Ia boleh menconteng atau  membuat nota kaki. Malah jika ia lupa, ia mudah ke halaman yang diperlukan tanpa perlu scroll tetikus.  Pendek kata sistem tradisional berasaskan buku teks amat perlu jika kau mahu belajar atau menghafal sesuatu tajuk. 


Kalau dengan e-book, aku pun tak tahu macam mana nak belajar. Jika kau bernasib baik dapat tab yang besar maka mudahlah kau nak membacanya. Kalau kau dapat tab kecil, macam mana kau nak membaca dengan tenang..hahahahaha.Terkial-kial kau nak membaca.


Selain itu kos untuk penyediaan e-book amat besar. Bukan buku yang harus di digitalkan tetapi kos komputer atau tab untuk setiap pelajar. Belum campur projektor setiap kelas menggantikan papan tulis.


Lagi hawau kalaua kos tab/ komputer diletakkan di beban ibubapa. Berapa kos yang perlu disediakan untuk tab/ komputer ni. Jika kau ada 5 orang anak, dan kos setiap tab/ komputer berharga RM1000 maka kau kena sediakan RM5000. Memanglah ianya pelaburan sekali sahaja dan boleh digunakan selama-lamanya jika tak rosak. Tetapi kos permulaan teruk jugak.


Selain itu juga, dari segi masalah kesihatan. Setiap hari anak kau mengadap tab/ komputer akan menyebabkan semua anak di Malaysia dalam masa 5 tahun akan menggunakan cermin mata.  Ini disebabkan pamcaran cahaya dari tab/ komputer mudah merosakkan mata. Ini adalah fakta.


Selain itu juga, industri buku teks akan berkubur. Kerana semuanya telah di digitalkan. Memang kerajaan akan untung kerana tidak perlu membeli buku teks tetapi pada masa yang sama ia akan membunuh industri pengeluar buku teks.


Bamyak lagi faktor yang aku boleh huraikan tetapi yang utama ialah seperti yang aku kata, ikatan emosi pelajar dengan buku teks adalah lebih kuat berbanding e-book.


Sebagai contoh, kenapa penulis novel masih lagi mengeluarkana buku berasaskan manual. Kenapa ia tak jual dalam bentuk digital? Terutama penulis novel cinta atau fiksyen. Sebab yang utama ialah ikatan emosi itu lebih kuat.


Aku bukan tidak menyokong perubahan dalam pendidikan tetapi sebelum kita tukar sesuatu sistem. Lebih baik dibuat secara perlahan dan paling penting semua fasiliti adalah lengkap. Dan tidak dilupakan juga sistem maintenance juga harus diselia dengan baik.


Bila kita berurusan dengan sistem digital ini maka sistem maitenance perlu kuat. Berdasarkan sikap Malaysia ini, maintenance Malaysia selalunya screw up.


Fikir- fikirkan....


No comments: