FOTOGRAFER DLSR HARUS BERUBAH - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, November 27, 2018

FOTOGRAFER DLSR HARUS BERUBAH

FOTOGRAFER DLSR HARUS BERUBAH

Fotografer DLSR yakni pengguna kamera pusing-pusing dengan lens kini semakin tertekan dengan perkembangan smartphone sedikit demi sedikit telah mencabar krebiliti pengguna DLSR. Bagi pengguna DLSR amatur seperti aku ini, memang terasa bahang kelebihan smartphone ini terutama apabila mengambil gambar portrait atau keluarga.


Keresahan aku ni terjawab semasa aku pergi bercuti dengan keluarga aku ke Vietnam dan  hampir semua gambar keluarga yang aku ambil hanya menggunakan smartphone. Dan penggunaan kamera DLSR amatlah kurang kerana nilai imej dan kualiti smartphone Samsung Galaxy Note 9 milik aku dan Samsung Galaxy Note 5 milik isteriku sudah cukup bagus. Tak perlu aku menggunakan kamera DLSR yang berat ini. Dalam dunia fotografer, asas utama perbezaan seorang fotografer tak kira kau pengguna smartphone atau DLSR ialah angle atau sudut gambar yang diambil. Kalau angle yang kau amik tu cantik, maka cantiklah gambar tu.


Kalau kau pakai DLSR tapi angle kau static jer, tak cantiklah gambar tu. Itu pendirian aku sebagai fotografer. Selepas itu barulahkau terapkan teknik DLSR yang lain.


Disebabkan itu aku telah memikir secara mendalam dan membuat keputusan bahawa jika aku nak ambil gambar keluarga yang santai atau biasa, baik aku guna smartphone sahaja. Tak guna aku pakai DLSR.  Kalau nak edit aku boleh guna Snapseed atau Toolwiz  yang akan memberikan hasil yang terbaik. Lalu apa guna DLSR aku ini.


FOTOGRAFER DLSR HARUS BERUBAH
Mahu tak mahu aku kena berubah kerana dalam dunia DLSR ini tak semua teknik  fotografi boleh menggunakan smartphone terutama apabila melibatkan kelajuan objek, gambar dekat objek, gambar landskap objek atau zooming objek atau binatang. Smartphone amat terhad dalam mengaplikasikan teknik ini. Maka aku telah membuat keputusan untuk fokus dalam landskap, telefoto fotografer terutama binatang dan  makro fotografer.


Apabila kita mengambil gambar binatang, smartphone amat terhad dari segi kelajuan menangkap gambar binatang terbang dan juga kedudukan binatang yang jauh. Tetapi untuk DLSR ia hanya perlu menggunakan lens sekurang-kurang 250mm atau 300mm sudah cukup bagus untuk mengambil gambar binatang dengan jarak jauh malah jika burung yang terbang, hanya perlu memastikan shutter speed dalam angka yang tinggi. Anda akan mendapat gambar yang bagus. Cuma aku katakan tadi ialah angle atau teknik mesti diamalkan samada anda pengguna smartphone atau DLSR. Bila ambil gambar binatang, peraturan pertama ialah fokus harus dimata barulah gambar binatang tersebut nampak hidup.


Manakala untuk landskap boleh ler guna 40mm prime lens atau wide angle lens. Terpulang pada anda tapi lens sedemikian amat mahal maka aku combined pakai 40mm f2.8 dengan makro. Maka aku boleh ambil gambar landskap yang cantik dan makro yang cantik. Untuk landskap tak susah kerana lens 40mm memang cukup kemas apabila ambil gambar bangunan dan jika latar belakang ada awan atau matahari kita kena tambah filter sahaja. Aku tak minat sangat landskap so aku pandai nak terangkan sangat.


Manakala untuk makro atau ambil objek kecil seperti semut, anai-anai boleh gunakan 40mm tetapi pakar kata guna makro 90mm lagi best. Tapi sekali lagi, aku tak mampu. Masalah 40mm ialah jarak lens kita dengan objek haruslah dekat baru boleh dapat gambar objek tersebut tetapi apabila terlalu dekat masalah utama ialah pencahayaan. Gambar kau jadi gelap. Tapi kau boleh beli makro light adapater pasang kat depan lens tu sebagai support kau. So no issue sangat. Cuma apabila ambil gambar makro ini, kesabaran kena cukup tinggi.  Terutama apabila kau ambil gambar binatang kau kena tenang agar binatang tu tak lari. Kedua ialah bila ambil makro ini biasanya shutter speed rendah, maka noise pada gambar boleh terjadi. Memang stress.. Smartphone tak mampu ambil gambar makro dan aku berani jamin sampai bila-bila pun smatphone takkan boleh buat software untuk makro.


Inilah bidang fotografer yang aku sedang ubah kerana selama ini pun minat aku pada makro dan telephoto. Aku suka ambil gambar binatang dan abstrak. Itu aku punya passion. So tak susah sangat kot nak ubah ke arah ini.  Manakala kalau ambil gambar portrait yang simple aku pakai smartphone ajer ler…hahahahaha. Semakin lama kehebatan DLSR semakin tenggelam dan semua pengguna DLSR kena akuinya walaupun agak berat.


Kita tak boleh salahkan mereka kerana ilmu mereka tentang DLSR kurang. Untuk mereka ambil gambar ini hanya tekan butang , gambar jadi maka siaplah. Tetapi untuk kita pengguna DLSR kita melihat keseluruhan gambar tersebut seperti pencahayaan pada wajah, latar belakang serta keseluruhan frame gambar tersebut.


Sebab itu kata aku malas nak ambil gambar keluarga pakai DLSR sebab mereka tak dapat bezakannya. Hanya kita tahu nilainya.
Baik ambil gambar yang orang lain terutama pengguna smartphone tak boleh pertikaikan. Senang cerita.

No comments: