GAMBAR HITAM PUTIH PENYELESAIAN MUDAH UNTUK JURUGAMBAR - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, November 18, 2018

GAMBAR HITAM PUTIH PENYELESAIAN MUDAH UNTUK JURUGAMBAR


Dalam dunia fotografi  ini pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang meveles. Dengan syarat memahami setiga  cahaya iaitu Shutter Speed, Aperature Dan ISO beserta dengan sedikit imaginasi maka anda boleh menghasilkan teknik fotografi yang baik.

Macam omputih kata latihan mambuat kita memjadi sempurna. Sentiasa berlatih dan berlatih dan pasti hasilnya akan hebat. Kalau tak percaya cuba ambil gambar sekarang dan buatlah latihan setiap ahri. Kemudian bandingkan hasilnya 4 tahun kemudian. Mesti anda malu kenapa aku postkan gambar yang teruk ke facebook empat tahun yang lalu....hahahhahaha, Padahal empat tahun yang lalu anda ingat gambar itulah yang terbaik..

Dalam dunia fotografi, salah satu teknik yang semakin berkembang ialah hitam putih atau bahasa fotografer ialah monokrom. Lihat macam biasa tetapi apabila kita mengambil gambar hitam putih tekniknya bukanlah warna hitam dan putih sahaja. Tetapi ia haruslah mempunyai ton warna hitam putih yang pelbagai.

Tetapi jika anda bijak memainkan peranan warna ini maka ia akan menjadi hasil yang hebat. Kebanyakkan pemenang fotografi terutama tentang kehidupan shampir semuanya menggunakan teknik hitam putih. Walau pun hitam putih tapi kita dapat merasai nilai gambar tersebut dan tak salah saya katakan dalam bentuk hitam putih ia lebih menyerlah berbanding warna  jika anda pandai menggunakannya.

Apabila kita mengatakan hitam putih adalah penyelesaian mudah untuk jurugambar, aku akan katakan bukan. Dahulu ya, aku katakan sedemikian kerana tidak mengetahui teknik sebenar melihat hitam putih ini. Ianya lagi payah sebab ton warnanya hanya hitam dan putih dan kontra warna adalah sukar untuk dianalisa. Apatah lagi untuk menonjolkan seni gambar hitam putih berbanding warna.

Masyarakat lebih mudah tertarik dengan gambar yang berwarna warni berbanding hitam putih. Maka apabila anda hasilkan warna hitam putih adalah satu cabaran minda yang kuat sebenarnya.

Tak semua gambar boleh dijadikan hitam putih kecuali gambar itu mempunyai nilai isu yang anda mahu ketengahkan atau gambar itu sendiri memang jelas menunjukkan perasaan maka ia boleh ditukar kepada hitam putih.

Seperti gambar diatas sekaligus anda dapat melihat mainan emosi apabila kucing tu tidur. Sweet kan. Maka ia boleh di ubah menjadi warna hitam putih dan aku bernasib baik kerana warna kucing ini ialah kelabu dan tiada warna lain maka impak pencahayaannya lebih terserlah. Aku tahu, ia bukanlah gambar profesional..hehehehehhe. Tapi contoh teknik hitam putih yang boleh digunakan.




Contoh diatas pula ialah kombinasi hitam putih dan warna, Ia akan menonjolkan sikap warna itu. Apa yang anda boleh fikirkan melalui gambar ini.  Anda fikir yek..hahahahaha.



No comments: