TELEFON BARU UNTUK MAMA - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, November 9, 2018

TELEFON BARU UNTUK MAMA

Tajuk macam best tapi hanya satu perkongsian aku membelikan telepon bimbit baru untuk mak aku.


Dalam artikel ini aku ingin membuat satu analisis. Ceritanya begini, rumah mak aku dahulu memang ada telefon tapi guna telefon biasa yang ada wayar tu kepunyaan TM iaitu i- talk. Ia macam prepaid jugak, every week kena top up.


Tah macam mana sejak kebelakangan ni telefon tu buat hal dan akhirnya atas dasar sakit hati, mak aku telah membalingkan telefon tu ke tong sampah. Kesudahannya rumah mak aku tak der telepon...padan muka.


Aku pula risau ler, nak telepon pun susah sebab dah tak der telepon. Mak aku pula menjalankan tanggungjawab kat anak dia yang hensem dengan membebel setiap hari susah katanya kalau tak der telepon kat rumah...Akhirnya aku yang bersalah..hahahaha.


Mahu tak mahu, aku beli ler telepon bimbit baru untuk mak aku. Mak aku siap demand nak nombor butang besau senang nak tekan. Untuk pengetahuan mak aku ni bukan touch screen punya versi. Mak aku versi  telefon bimbit bebutang...hahahahahaha.


So selepas membelek beberapa telefon bimbit yang ada maka mak aku memilih telefon jenama Acatel. Cantik gak telefon ni tapi bukanlah 6GB RAM dan internal storage 128GB cam telefon aku...hehehe.


Aku belikan sim card pakai maxis sebab semua anak-anak pakai Maxis. Kurang kos telefon masa calling nanti.


Bila aku fikirkan balik, kenapa aku tak tukau telefon mak aku dari telefon gagang kepada telefon bimbit dari dahulu lagi. Bukan mahal pun telefon bebutang ni. Paling mahal aku lihat RM190.


Lagi senang, kalau mak aku keluar dia boleh bawa handphone dia. Aku mungkin terlambat dalam hal ini kerana telefon gagang rumah mak masih berfungsi. Syukur alhamdulilah telefon TM tu rosak.


Tapi masalah baru pula timbul. Kejap-kejap mak aku call. Sebab aku dah masukkan speed dial kat telefon bimbit dia. Tak yah nak nak cari. Tekan no satu...no telefon anak lelaki dia yang hensem ni. No dua no telefon kakak aku. Tekan 5 no telefon rakan membawang mak aku. Mudah sangat...


Sebagai anak, penghargaan yang terbaik ialah apabila mak kita eksited bila dapat sesuatu barang yang kita kasi. Itu nikmat yang tak semua orang dapat.


Apatah mak aku ni jenis mama selamba, memang payah nak tunjuk perasaan dia. Kita pun tak tahu dia marah ker atau suka. Nanti kau orang tahu bila mak kau dah tua. Payah layan orang tua ni...paling payah follow up dia kalau nak sesuatu...


So pengajarannya ialah buang telefon gagang dan ikutlah teknologi pakai telefon bimbit.

No comments: