Home » » BANTUAN SARA HIDUP 2019- updated Feb 2019

BANTUAN SARA HIDUP 2019- updated Feb 2019

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Tuesday, February 19, 2019

BANTUAN SARA HIDUP 2019


BSH Akan Mula Diagih Selepas Tahun Baru Cina

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.

Umum sedia maklum BSH diperkenalkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Pemberian pertama telah dilakukan pada 6 Jun lalu manakala pemberian seterusnya adalah pada 15 Ogos lepas
Penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.
Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.
Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.
Berita baik — Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang.
Kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).
“Dengan kata lain, bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480.
“Jumlah ini lebih tinggi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu, iaitu hanya RM1,200,” katanya.

Insurans Perubatan RM50 Sehari

Turut diumumkan pemberian insurans perubatan RM50 sehari kepada golongan B40.
Kerajaan akan menyemak senarai penerima Bantuan Sara Hidup 2019 untuk menentukan siapa yang layak menerima bantuan insurans tersebut.
Ini adalah satu kemudahan dan bantuan kepada golongan B40 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 dengan dikendalikan Bank Negara.

 Pemeriksaan Status
Walaubagaimana pun semua pihak yang pernah mendapat Bantuan 1 Malaysia yang kini ditukar kepada Bantuan Sara Hidup boleh memeriksa status anda . Periksa Status


BANTUAN SARA HIDUP 2019

Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Manakala pemohon yang layak menerima Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini. Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

So rileks dulu untuk pemohon baru atau yang tidak layak, kena tunggu pengumuman nanti.


UPDATED PADA 10/2/2019
 Bermula  pada 1Feb hingga 15 Mac 2019 adalah tarikh permohonan BSH 2019.
Untuk makluman warga emas berumur 60 tahun ke atas dan pendalam Sabah/Sarawak tidak perlu membuat permohonan semula.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers