SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, December 2, 2018

SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT

SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT


Pada 30 November yang lalu , syarikat aku bekerja ada menganjurkan Hari Keluarga dengan nama Sunpower Family Day and Musical Night 2018.  Dimana kali ini kami boleh membawa keluarga kami untuk sertai acara yang dianjurkan oleh pihak kilang. Kali ini syarikat tempat aku bekerja membuat acara di kawasan kilang. Ianya tidak ada masalah kerana kawasan kilang kami besar dan sesuai untuk membuat apa-apa acara.
Mengikut jadual Sunpower Family Day and Musical Night 2018 akan diadakan dari pukul 5pm hingga 10 malam.

SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT
Ini pertama kali aku menyertai Family Day yang dilakukan dikilang. Tak sabar rasanya kerana mereka akan mengadakan permainan dan juga konsert oleh artis terkemuka.


Aku tiba dikilang pada pukul 5.3opm, dan kemudian kami parking kereta dan berjalan ke arah kaunter pendaftaran. Aku membawa isteri dan 2 orang anak aku. Kami diberikan kupon untuk menyertai permainan termasuk untuk semua keluarga aku. Kami juga dapat kupon makanan KFC, Aiskrim, Popcorn serta air tin. Pehhhh!!! Makanan kegemaran anak aku ini…


Acara pertama ialah lawatan sekitar kilang kepada ahli keluarga dimana ayah/ibu mereka bekerja. Bagus juga aktiviti ini dimana anak-anak dan bini aku tahu dimana aku bekerja serta memahami produk kiang kami. It a good effort by Sunpower.


SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT
Setiba disana, aktiviti pertama ialah main permainan yang dsediakan seperti menendang bola masuk dalam lubang, dart , golf mini, baling getah, tangkap itik dan lain-lain lagi. Selain itu ada juga 2 ketul badut yang ada sepanjang acara ini sebagai memeriahkan majlis ini. Tidak dilupa ada watak Ironman dan Bumblebee yang pakai pakaian satu sut penuh. Budak-budak memang suka sangat ler tu. .

SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT

Selepas main permainan, isteri aku ambil makanan KFC dan kami duduk di bahagian hadapan pentas untuk menungu konsert yang akan diadakan. Mula-mula tu boring jugak ler, ada pertandingan karaoke yang tak berapa sedap suara, Selepas itu baru meriah, dimana emcee memanggil peserta ke pentas dan macam biasa kena main oleh emcee ler.  Acara kemuncak ialah artis jemputan iaitu Baby Shima dan Mus May telah hadir untuk meriahkan majlis ini. Kedua-dua mereka memang terbaik. Nasib baik aku dengar cakap bini aku duduk depan pentas, kalau tak rugi bangat lerr.

SUNPOWER FAMILY FEST AND MUSICAL NIGHT

Konsert tamat pada pukul 10pm dan kami pun pulang. Sebelum pulang kami kena daftar sekali lagi ke meja pendaftaran untuk mengambil door gift iaitu TShirt untuk aku , Bag Pack dan alat tulisan untuk anak aku .
Apa yang aku boleh komen ialah Sunpower Family Day and Musical Night 2018 memang terbaik. Bukan dari mulut aku tetapi dari mulut isteri dan anak-anak aku. Aku tak layak sebab aku kerja kat sana. Biar orang luar yang kasi justifikasi. Dan secara peribadi, ia memang happening.


Terima kasih Sunpower Manufacturing Malaysia Sdn Bhd yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja seperti kami.
Jom lihat gambar aku amik..

No comments: