Tahniah Hanis Binti Hanif Atas Kejayaan PT3 2018

Tahniah buat anak abah Hanis Binti Hanif yang mendapat 6A dalam PT3.Malah dianugerah sebagai salah seorang pelajar yang terbaik di sekolahnya, Sebagai seorang ayah sudah tentu aku amat berbangga sekali.

Tapi sebagai seorang ayah juga, disiplin sebagai ayah kena jaga juga. Tak boleh terlalu eksited sangat kerana gaya dan keunggulan serta status sebagai ayah yang tegas dan garang kena maintain...hehehehe.

Tapi di hati ini hanya Allah yang tahu apabila melihat anak-anak menempa kejayaan atas usaha mereka. Itulah pulangan yang terbaik seorang anak berikan kepada ibubapa mereka.

Namun aku juga bersedia jika keputusan tidak baik, mungkin bakat mereka bukan untuk akademik. Tetapi aku juga ketahui kecewanya mereka jika keputusan mereka tidak baik. Syukur alhamdulilah kepada Allah kerana memberikan nikmat kepada anak aku Hanis Binti Hanif memperolehi keputusan yang terbaik.

Setiap kejayaan yang mereka hadapi sudah tentu dari uasaha mereka dan juga doa dari oarang-orang sekeliling yang menyayangi mereka. Tahniah Hanis Binti Hanif atas kejayaan merakul 6A dalam PT3 ini. Keep It Up.

Wajah sedih 2015 keputusan UPSR


Abah juga teringat semasa Hanis mengambil keputusan UPSR dahulu mendapat 3A sahaja tetapi harapan Hanis ialah 5A. Ingat tak, kau menangis sebab keputusan yang kau perolehi tidak seperti yang kau jangkakan.

Sedih Abah melihat kau ketika itu tetapi itu bukan pengakhirannya. Ingat tak kata abah dahulu..
Jangan terlalu konfident dan sentiasa humble, sebab jika terlalu konfident kita akan jadi malas. Sebab itu kau dapat 3A. Lesson learn yang baik dan kini PT3, Hanis mendapat apa yang Hanis mahukan.


Share:

0 comments