TAHNIAH HAZIQ BIN HANIF KEJAYAAN UPPK 8A - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, December 19, 2018

TAHNIAH HAZIQ BIN HANIF KEJAYAAN UPPK 8A

Tahniah buat anak lelaki aku iaitu Haziq Bin Hanif yang berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan UPPK aka KAFA kelas. UPPK merupakan salah satu peperiksaan terbesar bagi murid pelajar islam darjah 5 dalam bidang agama. Ia juga menjadi salah satu justifikasi untuk masuk ke sekolah-sekolah yang berprestij atau yang nak masuk sekolah agama.


 

Untuk keluarga aku budak bernama Haziq Bin Hanif  apabila mendapat 8A merupakan satu kejutan peribadi kerana ianya merupakan keputusan yag tidak disangkakan.  Berlainan dengan kakaknya yang dijangkakan mendapat keputusan yang baik kerana kakak Haziq iaitu Hanis Binti Hanif ini rajin belajar berbanding Haziq yang terkenal malasnya itu.


 

Aku pun terkejut semasa memeriksa keputusan UPPK beliau melalui sms dan keputusannya ialah 8A. Aku dan bini aku macam tak percaya atau boleh katakan sebagai system error..hehehehehe. Tetapi apabila aku mengambil keputusan Haziq di sekolah dan ia mendapat 8A , ia merupkan tamparan hebat kepada aku. Wow!!! ..Anda dapat bayangkan terkejut satu rumah dan anda juga dapat bayangkan betapa malasnya  anak aku ni nak belajar berdasarkan kejutan keputusan beliau.


 

Aku bersyukur kerana Allah memberikan Haziq nikmat mendapat 8A dalam keputusan UPPK beliau. Ini merupakan satu peningkatan emosi kepada Haziq agar yakin atas kemampuan dirinya yang mampu mendapat 8A. Yang penting ialah usaha dan usaha…


 

Sebagai ibu bapa kami bangga dengan pencapaian anda, perjalanan hidup kamu jauh lagi. Jangan berpuas hati dengan apa yang kamu kecapi sekarang ini. Perhebatkan usaha anda dan selalu minta restu dari orang-orang yang sayangi kamu. Insyallah perjalanan hidup kamu akan sentiasa cerah dan lurus..amin.


 

Sekali lagi TAHNIAH BUAT HAZIQ BIN HANIF

No comments: