Home » , » Kemenangan BN Di Cameron Highland di bantu PAS Satu Gelombang Yang Baru?

Kemenangan BN Di Cameron Highland di bantu PAS Satu Gelombang Yang Baru?

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, January 28, 2019

Kemenangan BN Di Cameron Highland di bantu PAS Satu Gelombang Yang Baru?
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat.

Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands Datuk Ishak Md Napis berkata, Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Tahniah buat BN kerana berjaya mengekalkan kerusi di Cameron Highland dengan kemenangan Ramli anak jati orang asli di Cameron Highland. Satu kemenangan yang diduga kerana Cameron Higland adalah kubu kuat BN dan satu kekalahan tak terduga oleh PH kerana masih lagi menyangka rakyat Malaysia benar-benar menyokong  PH.

Kekuatan sebenar BN tidak boleh dinilai dengan kemenangan di Cameron Highland sahaja. Apa kata kita lihat satu lagi keputusan pilihanraya kecil di Semenyih nanti, Tak sabar aku melihat keputusan itu nanti, barulah kita boleh membuat satu penilaian khusus tentang potensi BN nanti.


Aku pernah menulis di blog aku tentang kebangkitan gelombang Melayu baru dengan ujudnya parti BERSATU

Jika pandangan aku ini benar maka pada PR15 nanti akan berlaku sedikit perubahan dengan syarat kekuatan BERSATU dalam politik mesti bercambah dengan kemasukan drastik ahli UMNO ke BERSATU tidak kira ahli biasa atau ahli politik maka BERSATU mungkin akan menjadi pemerintah utama politik Malaysia nanti dan sekaligus ia akan  menjamin survival politik melayu. Klik lihat :

KENAPA RAMAI AHLI UMNO DITERIMA KE BERSATU? ADA AGENDA?


Namun apabila melihat kemenangan BN di bantu oleh PAS walaupun tiada perjanjian bertulis ianya satu senario yang menarik untuk di analisa. Bantuan secara terang- terangan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang membantu dan berkempen untuk BN walaupun ia mengatakan sokongan beliau atas dasar calon BN iaitu Ramli calon parti pembangkang (atas dasar) beliau (sebenarnya) tidak mewakili Umno, PAS atau mana-mana parti (tetapi) hanya menggunakan simbol Barisan Nasional.

Itu adalah  kata-kata politik atau apa pun aku tak mahu tahu,  apa yang aku tahu sedikit sebanyak campur tangan PAS adalah penyebab kepada kemenangan colan BN ini.




                       
Jika benar PAS dan BN saling membantu secara kontrak sahaja tanpa ada pakatan bertulis ianya merupakan satu masalah besar buat PH. Pertama kali melihat melayu bergabung bukan kerana fahaman politik sebab kita pun tahu PAS dan UMNO bagaikan api dan air dengan prinsip yang berbeza tetapi dasar Melayu dan Islam.

Jika benar maka analisa aku tentang BERSATU akan meminpin gelombang Melayu tidak akan menjadi? Mungkin tidak atau mungkin ya. kita tak boleh nak pastikan, kita kena lihat beberapa permainan BN dan PAS dahulu baru boleh kita huraikan.

Pada aku, aku tak kisah samada BN dan PAS bersama-sama atau BERSATU memimpin Melayu dengan menggunakan rangkaian UMNO dan AMANAH . Yang penting kita dapat melihat gelombang Melayu bercambah...

Seronok melihat percaturan politik Malaysia ini yang terdiri pelbagai kaum. Seperti aku katakan dahulu aku bukan rasis tetapi ingin melihat survival politik Malaysia secara sihat. sila baca artikel link aku. Don't judge me rasis yerrr...

Tak sabar nak lihat Pilihan Raya Kecil Semenyih nanti dimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan lawan BN.

PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan susulan penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar mengalahkan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli berkata, walaupun PRK di Cameron Highlands dan Semenyih berbeza, tiada yang mustahil untuk BN memperoleh kemenangan seterusnya, bagi menterjemahkan penolakan rakyat terhadap PH.
Menurutnya, andai UMNO dan Pas terus menggandakan kerjasama mereka, berkemungkinan 14,464 undi kepada BN dan 6,966 undi diperoleh Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di Semenyih mampu menghampiri jumlah 23,428 undi yang diraih penyandang kerusi itu daripada PH.



JOM SEMENYIH....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers