KENALI MANUSIA MELALUI MEDIA SOSIAL MEREKA - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, January 11, 2019

KENALI MANUSIA MELALUI MEDIA SOSIAL MEREKA

Pada zaman akhir dunia kita melihat tingkah laku manusia atau panggilan popular netizan semakin melalut.


Caki maki secara terbuka adalah perkara biasa bagi mereka tak kira perempuan atau lelaki. Kalau stress sangat mulalah meluahkan perasaan kat sosial media dengan maki hamun menggunakan kata cacian yang pelbagai. Cuma rating makian tu kita boleh justifikasikan melalui berapa banyak ayat melampau yang digunakan...hehe. Kalau rating 10/10 aku berikan jika ada ayat bombastik macam sial, lahanat, babi atau mencaci keluarga yang terbabit....hahahaha.


Dan kita harus berterima kasih dengan sosial media yang sekarang ni terutama Facebook. Kenapa? Dari situ kita dapat menilai perwatakan sebenar mamat atau minah tersebut.


Sekarang ni muka hensem atau cantik tidak menjamin kelakuan yang baik. Harap jer muka cantik tapi kalau dia mencarut kalah makcik sebelah rumah kita tu..


Belum lagi ia menayangkan pergaulan sosialnya yang kononnya ia ikuti perkembangan zaman moden dengan lepak kat pub dan sambut besday di Zoux..hehehe.


Acapkali aku melihat wanita menulis status di FB dengan cara yang kurang sopan. Aku pun tertanya, adakah mereka ni kurang sedar atau berada bawah minda ketika menulis status sedemikian.


Berapa ramai yang membaca dan menilai diri anda. Adakah mereka akan menyokong anda. Sudah tentu melalui komen-komen rakan-rakan yang sekepala dengan kau ler.. Sukahati kau melihat like dan komen dari rakan kononnya sehati sejiwa..

Tapi bagi kebanyakkan pihak lain melihat anda begitu rendah. Teruk betul bahasa minah ni.


Apatah lagi kalau yang membacanya bakal mak mentua anda. Pehhh...pecah tembelang kau semasa datang rumah mak mentua kau dengan tudung litup dan tersipu-sipu malu kononnya kau adalah gadis melayu terakhir. 


Bila baca status kau kat FB, ini rupanya perangai menantu aku. Belum lagi gambar swafoto gedik kau tu.

Nak tambah cerita ada plak gambar lama kau dengan pakwe-pakwe lama yang kau lupa nak deleted..parah...


Melalui sosial media kita boleh mengenal sikap manusia tersebut. Pernah sebuah NGO menjalankan satu eksperimen dengan memanggil secara rambang penjalan kaki dan kononnya mereka boleh tahu siapa anda dengan hanya tahu nama anda sahaja.


Semasa bomoh tu terangkan tilikannya tentang anda yang mempunyai berapa banyak kereta. Ada berapa anak.Kerja kat mana. Anda terperanjat bagaimana ia boleh tahu.


Rupanya bomoh tersebut dipasang alat pendengar sambil dibantu oleh beberapa orang dengan surf nama anda di FB, Twitter, Insta dan pelbagai sosial media.

Ia boleh mengetahui latar belakang anda hanya kaji trend sosial media anda.


Ia terbukti benar bahawa sosial media adalah sebuah laman yang boleh menerangkan sikap anda. Tak perlu nak upah penyiasat untuk siasat menantu anda. Check kat google taip nama dia ...semua keluar..


Macam aku ni lagi teruk, sebagai blogger kau taip nama aku jer kat blog, laman sesawang semua nama aku ada. Terdedah siapa aku sebenarnya...


Maka berhati-hati dengan apa yang kau tulis. Mungkin kau boleh pakai nama samaran tapi sekarang ni banyak aplikasi pengesanan wajah yang boleh periksa anda melalui wajah. Curi gambar kau dan buat perbandingan di internet, ada ler nanti muka kau keluar.


Dunia digital semakin canggih. Tak perlu bomoh atau polis nak siasat kau. Cuma satu klik maklumat anda akan terpapar.


Mungkin untuk generasi X agak sukar sebab kita baru ceburi bidang digital ni dalam 10 tahun. Maklumat tak banyak. Tapi generasi Y maklumat anda semua  dalam tangan aku.

Hati-hati sesiapa nak dating ngan anak pompuan aku. Akan ku periksa laman sesawang kau...hahahahahaha.( ketawa jahat)

No comments: