KERJAYA SEBAGAI FOTOGRAFER DI ZAMAN DIGITAL

KERJAYA SEBAGAI FOTOGRAFER DI ZAMAN DIGITAL
Dalam dunia digital yang semakin berkembang kita dapat melihat impak yang ketara kepada fotografer dari segi punca pendapatan yang semakin sukar dan menurun.  Menurut kajian oleh  World Photo Foundation jumlah pekerja sepenuh masa fotografer menurun dari 74% di tahun 2015 kepada 59% pada tahun 2018.


Ini menandakan kerjaya sebagai fotografer semakin mencabar dan semakin tidak relevan. Hampir 40% daripada mereka mengakui menghadapi masalah kewangan yang ketat dan dari tahun ke tahun semakin menyesakkan nafas.


Pada zaman digital ini di mana setiap orang mempunyai kamera di telefon pintar mereka menunjukkan fotografer DLSR semakin sukar mencari pendapatan. Fotografer harus fleksibel kan diri mereka dengan membuat beberapa kerja seperti mengajar dan serta majlis-majlis portrait. Kajian menunjukkan ada fotografer terpaksa mengambil upah video shooting sebahagian daripad apakej mereka walaupun hati mereka kepada bidang fotografer. Mereka terpaksa ikuti trend social media yang kini lebih kepada video jika mahu hidup sebagai fotografer. Buat dua kerja sekaligus..


Walau bagaimanapun menurut kajian, dengan cabaran yang semakin tinggi kepada duni fotografer namun mereka di lihat gembira dengan kerja mereka dan pada masa yang sama dapat berkongsi kreativiti mereka.
Tapi adakah dengan kegembiraan mereka boleh mengisi perut mereka yang kosong?


Mahu tak mahu pada zaman sekarang, untuk berjaya dalam dunia fotografer anda harus mempelbagaikan produk. Pertama ambil upah untuk gambar potarit keluarga semasa musim perayaan atau graduasi pelajar. Anda harus memiliki mini studio untuk membuat aktiviti ini.  Potraitisme ini adalah salah satu tambahan pendapatan kepada anda. Tak susah dan mencabar tapi ia memberikan pendapatan maka teruskan sahaja.


Kedua ialah membuat pakej video dan fotografer untuk majlis-majlis seperti perkahwinan atau kenduri. Sekarang ini semua pengantin baru mahukan pakej 2 in 1. Jika anda hanya ada skill fotografer tapi tiada skill video anda akan mengalami kesukaran. So mahu  tak mahu terpaksa mencari rakan video shooting sebagai back up pakej fotografer anda.


Ketiga ialah anda tidak boleh berpegang pada satu genre sahaja seperti landskap tapi tidak mahu mengembangkan ilmu fotografer seperti portrait atau makanan.  Pilihlah genre yang membawa punca pendapatan kalau anda mahu jadi kan kerjaya fotografer ini sepenuh masa.  Kerjaya fotografer yang boleh menjana pendapatan ialah portrait, gambar makanan atau majlis-majlis keraian.
Anda minat landskap, makro atau abstrak simpanlah sebagai hobi anda.  Ia tidak mambawa anda ke mana-mana.


Keempat rmenggunakan media sosial sebagai penjana pendapatan seperti Instagram atau Facebook dimana anda mempromosikan kerjaya bisnis anda. Oleh itu mahu tak mahu terpaksa berbelanja sedikit untuk iklan di Instagram atau Facebook. Kalau anda sekadar buka pejabat dan tanpa promosi online, memang berkubur ler. Kerana dunia fotografer ini saingannya amat kuat sekali. Bagaimana anda membezakan diri anda dengan fotografer lain sudah tentu pengguna mahu ihat beberapa hasil kerja anda serta pakej yang anda tawarkan.


Kelima ialah harus keluar dari zon selesa anda. Jangan fokus hanya mengambil gambar di daerah atau negeri anda sahaja. Anda haruslah menjadi peniaga fotogarfer yang mobiliti. Sebagai contoh jika anda fotografer dari Melaka tetapi anda boleh menerima jobs di negeri Negeri Sembilan. Ya, margin keuntungan anda rendah tapi sekurang-kurangnya anda ada keuntungan.  Terpaksa untuk survival..


Keenam ialah anda harus mempunyai skill editing fotografi yang baik. Mahir dalam photoshop sebagai contoh akan menghasilkan gambar yang berkualiti.  Selain itu adakah anda mempunyai imaginasi yang baik dalam menghasilkan gambar dalam sudut yang menarik.  Ini adalah ilmu yang harus anda pelajri sebelum memulakan bidang fotografi.


Ketujuh ialah kelengkapan. Adakah anda mempunyai kelengkapan kamera yang baik seperti yang saya katakan anda mempunyai mini studio atau kamera yang baik serta lensa yang sesuai untuk majlis-majlis tertentu. Bidang fotografi adalah bidang yang memerlukan belanja yang besar tapi jika anda bijak berbelanja membeli kelengkapan yang penting sahaja maka anda boleh meminimumkan perbelanjaan permulaan anda.


Kelapan ialah membuat kelas fotografi, seperti membuat outing aktiviti dimana anda boleh kenakan yuran seorang RM30 untuk ambil gambar model. Jika seorang model yang biasa-biasa 4 jam RM300 dan jika anda mempunyai 30 orang maka anda boleh untung. Bukan susah pun hanya suruh mereka ambil gambar model, tak tahu tanya anda..hehehe. Kedua ialah buat kelas secara serius, mengajar teknik fotografer atau software. Ini anda boleh kenakan yuran yang mahal sedikit.



Inilah cabaran jika anda mahu menjadikan fotografer sebagai kerjaya anda. Memenatkan dan mencabar untuk cari sesuap nasi. Lagi-lagi jika anda baru nak berjinak dalam bidang fotografer. Anda tidak mempunyai connection atau pelanggan yang ramai, kena bersusah payah ler nampaknya. Tapi jika anda sudah dikenali maka potensi untuk berkembang dan anda mampu upah fotografer lain bekerja untuk anda maka anda boleh menjadikan fotiografer sebagai bidang kerjaya anda.

Share:

0 comments