PERTAMA KALI GUNA SMART WATCH LEMFO LTO3



Tempoh hari aku ada beli on line jam tangan pintar yang sebenarnya untuk anak aku tapi aku beli sekali untuk aku sebab nak cuba memakainya.

Mula-mula dapat aku memang tak tahu nak pakai terutama macam mana nak ubah masa dia.  Terpaksa ler cari kat You Tube cara nak memakainya. Rupanya kena download dulu aplikasi Da Fit dan onkan bluetooth baru kita boleh gunakan dengan cekap SMART WATCH LEMFO LT03.

Secara auto masa kat SMART WATCH LEMFO LTO3 juga berubah. Pehh !!! 5 hari aku pakai dengan masa yang salah..hahahaha. Aku memang ketinggalan bab teknologi ler tapi sekarang aku dah faham macam mana fungsi smart watch ini.

Da Fit
Memang best buat pengguna pertama kali pakai smart watch ini, kita boleh measure semua kesihatan kita dari telepon sahaja. Lagi pun kalau kita pakai smart watch kita tak yah pening pasal jenama jam tangan kau pakai samada original atau palsu sebab smart watch tiada rating tu. JAm tangan konvesional, lihat tali jam dia jer dah tahu palsu atau ori.

Kalau kau pakai RM100 dengan RM1200 smart watch orang tak tahu..hehehehe. lagi pun pengguna Malaysia belum meluas menggunakan jam tangan pintar ini.

Aku akan pakai SMART WATCH LEMFO LTO3 ini dulu. Kalau ia banyak memberi kelebihan baru beli yang baik sikit. Ini pun aku beli kat Lazada ada potingan 44% dengan harga RM144. Murahkan..

Untuk aku secara peribadi, menggunakan smart watch adalah lagi berbaloi dengan jam konvesional sebab ia ada pelbagai fungsi seperti periksa kesihatan kau dan juga reminder mesej dan pelbagai lagi.

Cuma masalah dia ialah kena charging selalu ler, bukan selalu tapi paling kurang 1 kali 1 minggu kalau kita bukan pengguna tegar ler.

Pendek kata kalau nak pakai smart watch pertama kena download aplikasi untuk smart watch ( jika Lemfo dia guna vDa Fit)  dan kemudian on kan bluetooth. Kita setting semua dari telepon pintar. Senangkan...Semua maklumat kesihatan atau apa jua ada dalam aplikasi tersebut.


  • Brand Name:LEMFO
  • GPS:No
  • Movement Type:Electronic
  • Function:Passometer,Sleep Tracker,Heart Rate Tracker,24 hour instruction,Fitness Tracker,Message Reminder,Interactive Music,Power Reserve,Push Message,Alarm Clock,Remote Control,Month,Week,Call Reminder
  • Case Material:Alloy
  • Style:Sport
  • Language:Portuguese,Spanish,English,German,Arabic,Japanese,Korean,Russian,Italian,French
  • SIM Card Available:No
  • ROM:<128mb li="">
  • Screen Shape:Round
  • Battery Capacity:120-180mAh
  • RAM:<128mb li="">
  • Band Detachable:Yes
  • APP Download Available:No
  • Application Age Group:Adult
  • CPU Model:Nordic-Nrf52832
  • System:None
  • Band Material:Silica Gel
  • Screen Size:1.33 inch
  • Resolution:240*240
  • Multiple Dials:Yes
  • Compatibility:All Compatible
  • Battery Detachable:No
  • Type:On Wrist
  • Rear Camera:None
  • Waterproof Grade:Life Waterproof







Share:

0 comments